Sunday, July 11, 2021

Peranan penting dalam pemgurusan matlamat kewangan seseorang

PERANAN PENTING DALAM PENGURUSAN MATLAMAT KEWANGAN SESEORANG..!!! =================================== Apabila diitanya satu soalan kepada setiap individu, apakah matlamat kewangan anda?.... ada di antara mereka yang akan menjawab…..Aku ingin menjadi kaya! aku Ingin beli rumah, kereta, dan sebagainya, semua sasaran ditetapkan bersama, tanpa jelas dengan sumber kewangan dan arah tuju yang nyata. . Pernahkah anda terpikir pada hakikatnya, adakah itu matlamat kewangan sebenar atau hanya angan-angan atau omong kosong? Benarkah begitu? . Oleh yang demikian, sebelum melakukan sebarang perancangan kewangan, perkara penting dalam merancang kewangan adalah menetapkan dahulu matlamat kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah disusuli dengan merancang dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan. Sebagai satu contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan membuat simpanan supaya dapat melunaskan pinjaman pembelian perumahan, kereta dan kad Kredit. *** Contoh matlamat kewangan berdasarkan tempoh masa: 1. Matlamat jangkamasa pendek boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya seperti ingin membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti. 2. Matlamat jangkamasa sederhana pula adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membayar hutang atau membeli kereta (kereta ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh bayaran ansuran bulanan. Tempoh bayaran ansuran bulanan maksimum adalah 9 tahun, maka jika panjang jangka masa sehingga 9 tahun. Maka, boleh letakkan ia sebagai matlamat jangka masa panjang). 3. Matlamat jangkamasa panjang boleh dicapai dalam masa 10 tahun atau lebih, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk hari persaraan dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti. . Anda mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya mempunyai faktor-faktor realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu. . Hakikatnya bahawa sesuatu matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan anda. Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan anda mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu. . Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan impian anda, pastikan matlamat kewangan anda betol-betol jelas. *** Be SMART

No comments:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...