Sunday, July 11, 2021

15 tips kebebasan kewangan

15 Tips Kebebasan Kewangan. ====================== Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tak salah bersusah sikit pada masa muda untuk kesenangan kau dan keluarga pada masa depan. Orang lain dah mulakan langkah untuk menuju kebebasan kewangan pada masa hadapan. Takkan kau masih nak melihat saja? Walaupun kau rasa dah terlambat untuk mulakan langkah menuju kebebasan kewangan, jangan la risau. Biar lambat daripada langsung takde langkah dan tindakan apa-apa. Bagaimana cara hendak menuju kebebasan kewangan pada masa hadapan? Jom baca 15 tips ini : *** 1. Mulakan Simpanan Menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Dapat gaji, simpan dulu barulah berbelanja. Biarlah kawan kau cakap kau kedekut dalam berbelanja. Buat derk sudah. . 2. Beli Kereta Mengikut Kemampuan Berhati-hati memilih kereta. Jika beli kereta tak sepadan dengan gaji akan menyebabkan kau terbeban untuk bayar ansuran bulanan. Kos petrol, parkir, tol dan penyelenggaraan kau kena ambil kira juga. . 3. Jauhi Gaya Hidup Mewah Janganlah kau nak beli sesuatu semata-mata nak menunjuk. Pergi makan tempat mewah, pergi travel luar negara, beli baju berjenama tapi hakikatnya boleh menangis tengok duit dalam bank. Hutang pun keliling pinggang. . 4. Bijak Uruskan Kad Kredit Jika ada kad kredit, gunakan hanya untuk membeli barang keperluan dan isi minyak kereta untuk kumpul mata bonus. Kalau tak pandai dan tak berdisiplin, tak payah lah guna. . 5. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan Tangguhkan kehendak. Jika kau tak mampu beli secara tunai, jangan nak berhutang. Itu bermaksud kau belum layak lagi untuk memilikinya. . 6. Membuat Bajet Dan Memantau Perbelanjaan Sebelum berbelanja, buat dulu bajet. Sekurang-kurangnya kau tahu ke mana duit kau pergi. Seminggu sekali pantaulah perbelanjaan kau. Sama ada mantap ataupun kelaut. . 7. Kurangkan Perbelanjaan Jika tak mampu tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan. Belajar hidup di bawah kemampuan. Ukur baju di badan sendiri ye. . 8. Jauhi Hutang Yang Tidak Perlu Baru mula kerja, gaji pun sikit lagi. Jauhi daripada berhutang yang tak perlu. Berhutang untuk kahwin misalnya. Pihak bank juga akan anggap kau individu berisiko jika ada pembiayaan peribadi. . 9. Ambil Takaful Masa Muda Ansuran bulanan takaful akan rendah jika kau ambil takaful masa usia muda. Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan yang berlaku secara tiba-tiba, kau dah tak payah keluarkan duit untuk kos perubatan. . 10. Baiki Hutang Jahat Selesaikan hutang tertunggak seperti hutang kad kredit, pembiayaan peribadi dan kereta. Bayar mengikut masa yang ditetapkan. Jika kau dah ada banyak hutang, jangan buat hutang baru lagi. Hutang member kau janganlah lupa bayar. Ingat jasa sikit. Tak aman hidup kau nanti. . 11. Mulakan Melabur Pilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan kau. Kaji dahulu. Jangan ikut orang. Banyak instrumen pelaburan yang diyakini seperti ASB, Tabung Haji dan unit amanah yang lain. . 12. Jauhi Skim Cepat Kaya Tidak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan skim yang ditawarkan. Jika satu peluang pelaburan yang terlalu bagus dan mantap keuntungannya, takdenya dorang nak ajak kau join. Baik dorang tolong keluarga dorang je. . 13. Berjimat-Cermat Tetapi Tidak Kedekut Berjimat dan kedekut itu dua perkara yang berbeza. Berjimat bermaksud tidak membazir, beli barang yang perlu sahaja tetapi tidak kedekut untuk menderma dan bantu adik-beradik serta sebagainya. . 14. Pendapatan Sampingan Cari pendapatan sampingan melalui hobi. Kalau kau suka bercuti, beli la baju, kain ke lepastu jual ke kawan-kawan. Dapat buat bisnes kecil-kecilan. . 15. Jangan Malu Jangan malu bercuti di dalam negara walaupun kawan-kawan kau semua bercuti ke luar negara. Jangan malu jika kawan-kawan kau pakai kereta power, tapi kau pakai kereta Saga. Kau mampu berjimat dan ada banyak simpanan daripada mereka. Percayalah. *** Apa yang kau buat masa zaman muda, akan memberi kesan pada masa hadapan. Kalau kau berseronok je sekarang, kau akan rasa peritnya hidup pada masa hadapan. Pilihan di tangan kau. Orang lain tak mampu ubah nasib kau melainkan diri kau sendiri. Sama-sama kita berubah demi mencapai masa depan yang lebih baik. Kan SHARE jika bermanfaat. TAG insan tersayang untuk berkongsi ilmu.😊 #KebebasanKewangan #FinancialFreedom #BebasKewangan #KewanganBijak #JanaPendapatan #BebasHutang #PelaburanBijak #RancangKewangan #KayaBijak #SimpananPintar #JutawanMuda #PendapatanPasif #MasaDepanKewangan #TipsKewangan #HibahTakaful

No comments:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...