Sunday, July 11, 2021

HIBAH? KENAPA PERLUNYA HIBAH?

BUATLAH HIBAH UNTUK KELUARGA TERCINTA! =================================== Tahukan anda, Jika kita meninggal semua duit simpanan kita sama ada dalam ASB, KWSP atau Tabung Haji akan jadi pusaka yang akan dibahagikan secara faraid kepada semua yang layak? Jika kita namakan isteri kita sebagai pemegang amanah atau wasi mereka ini sekadar memudahkan wang yang ada itu dikeluarkan dan dibahagikan kepada sesiapa yang layak sahaja. Hibah terbahagi kepada 2 iaitu hibah bersyarat dan hibah mutlak. Hibah bersyarat ialah hibah yang akan berkuat kuasa selepas berlakunya kematian. Manfaat takaful tidak menjadikan sebahagian daripada harta pusaka atau tertakluk kepadahutangnya. Contohnya Hibah takaful. Hibah mutlak ialah hibah yang diberikan kepada seseorang dalam bentuk biasa atau tanpa ditetapkan sebarang syarat untuk menguatkuasakan hibah tersebut. Apa pula hibah Amanah? Hibah Amanah (pelabur Muslim) dan Pengisytiharan Amanah (pelabur bukan Muslim) merupakan perkhidmatan perwarisan yang ditawarkan ASNB khusus untuk pelabur unit amanah ASNB menamakan penerima untuk pelaburan mereka. Pelabur hanya memerlukan satu kontrak sahaja untuk semua jenis tabung unit amanah yang dilaburkan di ASNB (contoh : yuran pendaftaran tetap RM100 walau pelabur melabur dalam 6 jenis tabung unit amanah ASNB) dan boleh menamakan sehingga 10 pene ✅Apa kelebihannya? Apabila pelabur melanggan Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah, proses tuntutan oleh waris akan menjadi lebih mudah dan pantas. Berbanding proses biasa yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan lamanya serta membabitkan kos seperti yuran guaman, proses tuntutan menerusi Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah hanya mengambil masa kira-kira 30 hari sahaja dan boleh dibuat di Cawangan ASNB. Justeru ia sudah pasti memudahkan waris yang mungkin memerlukan wang pelaburan yang ditinggalkan pelabur untuk meneruskan kelangsungan hidup. ✅Mengapa bukan penama? Hibah Amanah/ Pengisytiharan Amanah adalah lebih mudah kerana waris yang dinamakan sebagai penerima adalah penerima mutlak, berbanding penama yang merupakan wasi sahaja. Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa wang yang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid, justeru penama hanyalah wasi atau pemegang amanah dan dia hendaklah membahagikan wang peninggalan si mati mengikut hukum faraid. Dengan Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah, waris merupakan penerima mutlak dan pelabur boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima termasuk anak angkat, ibu angkat atau sahabat baik sekalipun. Malahan Hibah juga membantu sekiranya pelabur mempunyai anak perempuan sahaja. Untuk maklumat lanjut: i. Hibah Amanah: http://bit.ly/HibahAmanahASNB ii. Pengisytiharan Amanah : http://bit.ly/PengisytiharanAmanahASNB

No comments:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...