Sunday, July 28, 2019

Penama kwsp

Penama KWSP...

Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nama pasangan tu, ada yg letak, ada yg tak, bergantung kpd sikap dan sifat pasangan tu terhadap dirinya...

Penama bukan pewaris...

Penama ialah pemegang amanah sahaja...org yg bertanggungjawab utk menguruskan duit kwsp itu, utk dibahagikan secara FARAID...ya, duit itu akan diagihkan secara FARAID kpd waris2 yg layak...

Jadi, duit tu bukan hak penama...

Ada org, dia letak nama penama, pastu dia xbgtau langsung kat penama...dia buat senyap, dia rahsiakan dan bila dia dh xde, dah meninggal, yg si penama xbuat apa2 sbb dia xtahu bahawa dia lah pemegang amanah yg dilantik si mati (arwah) utk menguruskan duit simpanan pekerjaannya...

Maka, duit tu masuklah dlm kategori harta yg tak dituntut...

Kadg2 lawak pun ada bila berckp bab mewarisi duit ni...yg perempuan xnak letak nama en.somi sbb dlm otak dah set, nnt en.somi kawin lain, pastu bleh bermewah2 dgn hasil duit penat lelah keje dia...maka dia letak nama anak...anak yg dibwh umur 18, dia xbleh menguruskan harta tu smpai dia cukup umur...

Klu skrg usianya 8 tahun, maka dia kena tgu lagi 10 tahun...jadi klu bleh, JANGAN letak nama anak...

Letaklah nama seseorang yg bleh dipercayai, yg jujur dan amanah utk menguruskan duit tersebut...seseorang yg faham akan agama dan tak jahil...kemudian maklumkan tuan punya badan tu yg kita dh lantik dia sbgai penama duit kwsp kita, dan mintak dia laksanakan amanah yg diberi dgn sebaiknya...

Xpyh nak berahsia2 bab letak nama penama ni siapa...kena hebah dan hebohkan agar waris2 kita tahu siapa yg akan menguruskan duit peninggalan kita bila kita dah tiada kelak...

Semoga bermanfaat...🙂

No comments:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...