Hujung bulan time Nak dapat gaji ni sis nak kongsi sikit cara simpanan yg BETUL. So tak lah asyik short ja hujung bulan 😊
Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan
Formula di atas sebaik-baiknya diamalkan kalau nak capai pengurusan kewangan yang baik.
Sebahagian daripada pendapatan terlebih dahulu diperuntukkan untuk simpanan dan yang selebihnya barulah dibelanjakan.
Bukannya sebaliknya, iaitu menyimpan duit lebihan yang tidak dibelanjakan.
Jika dulu tok nenek mak ayah kita menyebut, “Nah, ambil duit ini! Belanja, yang lebih simpan”
Mungkin sekarang kita perlu tukar kepada, “Nah, ambil duit ini! Simpan dulu sikit, yang lebih baru belanjakan”
Apabila kita berjaya mengubah tabiat ini, senanglah nanti untuk mencapai objektif kewangan peribadi kita.
Situasi kewangan yang biasa dialami
1. Pendapatan > Simpanan + Perbelanjaan
Ini adalah situasi kewangan yang terbaik.
Jumlah pendapatan, walaupun setelah ditolak simpanan dan perbelanjaan, masih berbaki.
Dan baki ini boleh disimpan atau dilabur untuk mengembangkan lagi pendapatan.
Perjalanan hidup golongan ini biasanya penuh tenang dan bahagia tanpa perlu memikirkan masalah tentang wang.
Sebenarnya, mempunyai pendapatan yang besar bukan syarat utama untuk mencapai situasi ini.
Asalkan saja berhemah dan pandai menguruskan kewangan peribadi, semua orang boleh berada dalam situasi terbaik ini.
2. Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan
Dalam situasi ini, pendapatan yang diperoleh cukup-cukup untuk simpanan dan perbelanjaan.
Andai kata tidak mampu mencapai situasi pertama tadi, berada dalam situasi kewangan kedua ini pun sudah dikira baik.
3. Pendapatan > Perbelanjaan > (Pendapatan – Simpanan)
Mungkin anda keliru melihat formula di atas.
Situasi ini merujuk kepada golongan yang berbelanja kurang daripada pendapatan, tetapi sentiasa perlu mengorek simpanan untuk mencukupkan duit belanja.
Tabiat sebegini adalah kurang baik kerana jika dibiarkan untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan tabung simpanan.
Lagipun, sedikit sebanyak boleh merendahkan motivasi dan melunturkan disiplin kita untuk menyimpan.
Iyalah, sebab tabung selalu sahaja dikorek.
Lama-kelamaan, apabila tabung simpanan tidak bertambah, semangat untuk menyimpan semakin pudar dan akhirnya lebih cenderung untuk membelanjakan semua pendapatan tanpa menyimpan sedikit pun.
Nak lebih detail macam mana nk urus simpanan boleh kopi2 dgn sis..
Sis ajar. Tak susah pun janji disiplin mau ada. 😉
"Jom ikuti blog kami untuk mendapatkan tips perancangan kewangan yang bijak! Temukan strategi untuk mencapai kestabilan kewangan, mengelakkan risiko tidak diingini, dan merancang masa depan yang lebih cerah. Dapatkan panduan praktikal dan saranan terbaru untuk memaksimumkan potensi kewangan anda. Sertai kami dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan dan keamanan finansial! #PerancanganKewangan #KewanganBijak"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP
“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...

-
Penama KWSP... Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nam...
-
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda: 1. **Ketahui Pasaran dan Pelanggan Anda**: Amat penti...
-
Assalamualikum, Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan. Unit trust atau a...
No comments:
Post a Comment