"Jom ikuti blog kami untuk mendapatkan tips perancangan kewangan yang bijak! Temukan strategi untuk mencapai kestabilan kewangan, mengelakkan risiko tidak diingini, dan merancang masa depan yang lebih cerah. Dapatkan panduan praktikal dan saranan terbaru untuk memaksimumkan potensi kewangan anda. Sertai kami dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan dan keamanan finansial! #PerancanganKewangan #KewanganBijak"
Sunday, July 11, 2021
7 cara cool nak menyimpan walaupun gaji ciput
7 Cara Cool Nak Menyimpan Walaupun Bergaji Kecil
*****************************************************
"Gaji aku ciput la, macam mana nak menyimpan."
"Nak makan pun sakit, inikan pula nak menyimpan."
"Gaji 3K bolehlah la nak simpan, gaji aku 1K je."
***
Itu antara dialog kehidupan anak muda yang selalu saya dengar. Ada je yang gaji banyak tapi simpanan mereka pun rasa macam tumbuk bawang. Rasa nak nangis tengok. Banyak hutang daripada simpanan.
Kita mampu membuka pintu kepada mereka untuk berubah tetapi kita tidak mampu untuk memaksa mereka untuk masuk ke pintu perubahan tersebut.
Ini antara panduan dan cara saya masa mula-mula bekerja dulu. Saya pun kerja biasa-biasa je. Nak tahu? Ayuh baca lagi:
***
1. Matlamat Dan Target
Jika korang tak ada matlamat dan target pun susah jugek. Korang duk cakap dalam diri sendiri "aku kena menyimpan ni" tapi korang tak tahu berapa harus korang menyimpan dan apa yang korang nak capai nanti. Jadi setkan matlamat terlebih dahulu. Berapakah kemampuan ekonomi korang. Berapa setiap bulan korang harus menyimpan dan di mana nak simpan. Macam saya, saya setkan nak menyimpan RM300 setiap bulan.
.
2. Simpan Dahulu Baru Berbelanja
Sekurang-kurangnya simpan terus 10% daripada pendapatan korang. Paling senang buat potongan gaji ke tempat simpanan. Selebihnya baru berbelanja. Cara ni sangat berkesan. Tak lah nanti korang tak tahu kemana wang korang larikan diri.
.
3. Simpan Di Tempat Yang Susah Hendak Dikeluarkan
Perangai anak muda ni ada yang menyimpan kemain rajin. Tapi bila tengok perkataan SALE 80% mula la menggelupur terus pergi cucuk balik duit dekat ATM tu. Habis simpanan dalam satu hari. Jadi, korang boleh simpan dekat tempat yang susah nak dikeluarkan sikit macam ASB, TH ataupun AHB
.
4. Tidak Bercinta Dengan Kad Kredit
Keluar dengan makwe mesti nak nampak cool je beli tiket wayang guna kad kredit. Bayar makan pun guna kad kredit. Peh... nampak awesome gila main swap-swap je. Bila dah due date kena bayar, tak tahu nak bayar macam mana. Akhirnya caj-caj tambahan dikenakan. Kalau korang mampu bayar dan bijak merancang, lepastu selalu dapat bonus, rebat takpelah.
.
5. Pendapatan Sampingan
Kalau member ajak berniaga kecil-kecilan tu join lah. Jadi ejen takaful, ejen hartanah, berniaga online atau buat dropship ke. Kalau korang ada kereta bawah 5 tahun boleh buat Grabcar. Dah dapat komisen sedikit sebanyak simpan ye. Jangan ajak makwe lepak makan kat Pavillion pulak.
.
6. Mengurangkan Perbelanjaan
Saya tak suruh korang pergi makan pucuk ubi setiap hari, pergi memburu kancil di hutan tapi cukup lah korang cuba mengurangkan kos perbelanjaan seharian. Contohnya, hadkan makan di luar, tutup suis elektrik jika tidak digunakan, baiki paip yang bocor. Tak perlulah setiap minggu tengok wayang dengan makwe, pergi travel luar negara, beli gajet terbaru dan sebagainya. Korang boleh fikir sendiri kan. Fikirkan sejenak ke mana wang korang selalu banyak dihabiskan.
.
7. Banyakkan Bersedekah
Dalam duit gaji kita tu ada juga rezeki orang lain. Jangan risau dan takut untuk memberi. Sedekah ikut kemampuan korang. Yang penting niat tu. Biar ikhlas. Eloknya sedekah dekat adik beradik yang kurang kemampuan dulu. Family first gituuuuhh! Mak ayah jangan lupa.
Korang bagi 1, 10 Tuhan ganti balik. Tak semestinya korang bagi RM50, dapat balik RM50. Tuhan akan bagi dalam pelbagai cara.
***
Mudah bukan? Banyak lagi cara yang korang boleh buat. Pengalaman dari masa ke semasa akan mematangkan korang. Tapi, kalau dah nak masuk umur 35 tahun pun masih tak fikir nak menyimpan, korang ada masalah lah tu.
Walau sedikit manapun usaha korang, lama-lama pasti akan membuahkan hasil. Jadi, ayuh mulakan daripada sekarang. Kan!
Share jika manfaat.😄
#TipsMenyimpan
#JimatCermat
#SimpanWalauGajiKecil
#BijakBerbelanja
#SimpanDuit
#KewanganBijak
#TipJimat
#SimpanSikitSikit
#GajiKecilTakHalang
#HidupMudah
#RancangKewangan
#MasaDepanCerah
#BijakMengurusWang
#SimpanSekarang
#KewanganMantap
15 tips kebebasan kewangan
15 Tips Kebebasan Kewangan.
======================
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tak salah bersusah sikit pada masa muda untuk kesenangan kau dan keluarga pada masa depan.
Orang lain dah mulakan langkah untuk menuju kebebasan kewangan pada masa hadapan. Takkan kau masih nak melihat saja?
Walaupun kau rasa dah terlambat untuk mulakan langkah menuju kebebasan kewangan, jangan la risau. Biar lambat daripada langsung takde langkah dan tindakan apa-apa.
Bagaimana cara hendak menuju kebebasan kewangan pada masa hadapan? Jom baca 15 tips ini :
***
1. Mulakan Simpanan
Menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Dapat gaji, simpan dulu barulah berbelanja. Biarlah kawan kau cakap kau kedekut dalam berbelanja. Buat derk sudah.
.
2. Beli Kereta Mengikut Kemampuan
Berhati-hati memilih kereta. Jika beli kereta tak sepadan dengan gaji akan menyebabkan kau terbeban untuk bayar ansuran bulanan. Kos petrol, parkir, tol dan penyelenggaraan kau kena ambil kira juga.
.
3. Jauhi Gaya Hidup Mewah
Janganlah kau nak beli sesuatu semata-mata nak menunjuk. Pergi makan tempat mewah, pergi travel luar negara, beli baju berjenama tapi hakikatnya boleh menangis tengok duit dalam bank. Hutang pun keliling pinggang.
.
4. Bijak Uruskan Kad Kredit
Jika ada kad kredit, gunakan hanya untuk membeli barang keperluan dan isi minyak kereta untuk kumpul mata bonus. Kalau tak pandai dan tak berdisiplin, tak payah lah guna.
.
5. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan
Tangguhkan kehendak. Jika kau tak mampu beli secara tunai, jangan nak berhutang. Itu bermaksud kau belum layak lagi untuk memilikinya.
.
6. Membuat Bajet Dan Memantau Perbelanjaan
Sebelum berbelanja, buat dulu bajet. Sekurang-kurangnya kau tahu ke mana duit kau pergi. Seminggu sekali pantaulah perbelanjaan kau. Sama ada mantap ataupun kelaut.
.
7. Kurangkan Perbelanjaan
Jika tak mampu tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan. Belajar hidup di bawah kemampuan. Ukur baju di badan sendiri ye.
.
8. Jauhi Hutang Yang Tidak Perlu
Baru mula kerja, gaji pun sikit lagi. Jauhi daripada berhutang yang tak perlu. Berhutang untuk kahwin misalnya. Pihak bank juga akan anggap kau individu berisiko jika ada pembiayaan peribadi.
.
9. Ambil Takaful Masa Muda
Ansuran bulanan takaful akan rendah jika kau ambil takaful masa usia muda. Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan yang berlaku secara tiba-tiba, kau dah tak payah keluarkan duit untuk kos perubatan.
.
10. Baiki Hutang Jahat
Selesaikan hutang tertunggak seperti hutang kad kredit, pembiayaan peribadi dan kereta. Bayar mengikut masa yang ditetapkan. Jika kau dah ada banyak hutang, jangan buat hutang baru lagi. Hutang member kau janganlah lupa bayar. Ingat jasa sikit. Tak aman hidup kau nanti.
.
11. Mulakan Melabur
Pilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan kau. Kaji dahulu. Jangan ikut orang. Banyak instrumen pelaburan yang diyakini seperti ASB, Tabung Haji dan unit amanah yang lain.
.
12. Jauhi Skim Cepat Kaya
Tidak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan skim yang ditawarkan. Jika satu peluang pelaburan yang terlalu bagus dan mantap keuntungannya, takdenya dorang nak ajak kau join. Baik dorang tolong keluarga dorang je.
.
13. Berjimat-Cermat Tetapi Tidak Kedekut
Berjimat dan kedekut itu dua perkara yang berbeza. Berjimat bermaksud tidak membazir, beli barang yang perlu sahaja tetapi tidak kedekut untuk menderma dan bantu adik-beradik serta sebagainya.
.
14. Pendapatan Sampingan
Cari pendapatan sampingan melalui hobi. Kalau kau suka bercuti, beli la baju, kain ke lepastu jual ke kawan-kawan. Dapat buat bisnes kecil-kecilan.
.
15. Jangan Malu
Jangan malu bercuti di dalam negara walaupun kawan-kawan kau semua bercuti ke luar negara. Jangan malu jika kawan-kawan kau pakai kereta power, tapi kau pakai kereta Saga. Kau mampu berjimat dan ada banyak simpanan daripada mereka. Percayalah.
***
Apa yang kau buat masa zaman muda, akan memberi kesan pada masa hadapan. Kalau kau berseronok je sekarang, kau akan rasa peritnya hidup pada masa hadapan.
Pilihan di tangan kau. Orang lain tak mampu ubah nasib kau melainkan diri kau sendiri. Sama-sama kita berubah demi mencapai masa depan yang lebih baik. Kan
SHARE jika bermanfaat. TAG insan tersayang untuk berkongsi ilmu.😊
#KebebasanKewangan
#FinancialFreedom
#BebasKewangan
#KewanganBijak
#JanaPendapatan
#BebasHutang
#PelaburanBijak
#RancangKewangan
#KayaBijak
#SimpananPintar
#JutawanMuda
#PendapatanPasif
#MasaDepanKewangan
#TipsKewangan
#HibahTakaful
10 panduan urus hutang
10 Panduan Urus Hutang.
==================
Ada hutang baik dan hutang jahat. Hutang baik boleh beri keuntungan dan menambah pendapatan kepada kau. Hutang jahat ini adalah hutang yang kau kena bayar setiap bulan tetapi tak menjana pulangan untuk keuntungan kau.
Contoh hutang jahat adalah hutang peribadi, hutang kereta jika ansuran bulanan melebihi separuh gaji ataupun hutang kad kredit yang berlambak.
Mesti pening kepala kan kalau hutang jahat dah lebih 60% daripada gaji. Dapat gaji habis duk bayar hutang pun. Simpanan dan aset hartanah pun takde lagi. Pagi masuk gaji, petang dah tinggal beberapa ratus je untuk hidup.
***
Antara panduan menguruskan hutang :
1. Senaraikan hutang yang ada, baki hutang, ansuran bulanan, kadar keuntungan bank dan tarikh akhir kena bayar hutang.
2. Catit jumlah hutang. Selesaikan hutang yang paling sedikit terlebih dahulu dan yang paling besar selesaikan paling akhir.
3. Elakkan berhutang yang tidak perlu seperti berhutang untuk membeli barang-barang kehendak seperti perabot, pekakas elektrik dan juga berhutang untuk kahwin. Cuba usahakan tanpa perlu berhutang.
4. Berhenti bina hutang baru. Jangan gali lubang tutup lubang. Cukuplah dengan hutang yang ada.
5. Sediakan bajet bulanan, harian dan mingguan. Baru tahu duit pergi ke mana.
6. Ubah gaya hidup. Biar bersederhana. Tak perlu tudung mahal. Tudung bawal pun tutup aurat juga.
7. Pastikan ada tabungan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji yang boleh digunakan sewaktu kecemasan. Kalau lagi banyak simpanan, lagi bagus.
8. Mula menyimpan 10% daripada gaji sebelum berbelanja. Jika naik gaji, tambah lagi. Jika tak mampu, simpan RM100. Yang penting, tetapkan matlamat berapa nak simpan
9. Ambil tahu hal kecil. Tutup elektrik bila tak guna. Paip air jangan terus biarkan menitik. Kalau boleh kurangkan makan luar. Bawa bekal ke pejabat.
10. Ubah gaya berbelanja. Dapat gaji tak perlu berbelanja serupa tiada hari esok.
***
Lebih baik cegah sebelum parah. Ramai yang sedar ada banyak hutang tetapi tak buat apa-apa tindakan. Bertindaklah daripada sekarang.
Takde sapa boleh ubah nasib keluarga kau melainkan diri kau sendiri. Kan!
Share jika bermanafaat😊
#UrusHutang
#BebasHutang
#KewanganBijak
#PengurusanHutang
#KurangkanHutang
#HutangSihat
#TipsKewangan
#BebasKewangan
#KawalHutang
#HutangBijak
#BebasDariHutang
#NasihatKewangan
#HutangTerkawal
#StrategiHutang
#BimbinganKewangan
Tips for U
TIPS SIMPLE.
🔎Konsep Simpanan.
Jangan mendidik diri anda menyimpan selepas berbelanja, tapi simpan dahulu baru berbelanja.
🔎Konsep Perbelanjaan
Jika kamu membeli barangan yang kamu tidak perlu, kemudian hari pastinya kamu akan terpaksa jual barang yang kamu perlu.
🔎Konsep Pendapatan.
Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja, mula buat pelaburan untuk membina pelbagai sumber pendapatan.
🔎Konsep Risiko
Jangan sesekali mengukur kedalaman sungai menggunakan kedua-dua belah kaki anda. Nescaya buruk padahnya.
🔎Konsep Membuat Pelaburan
Jangan meletakkan kesemua telur di dalam satu bakul, jika tersungkur padah akibatnya.
Buat peringatan kita semua, jangan mangambil mudah dan memandang rendah dalam merancang kewangan anda, kerana ianya adalah tulang belakang yang paling kuat dalam kehidupan kita.
‘IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL’
HUTANG BAIK VS HUTANG JAHAT
KENAL PASTI HUTANG BAIK ATAU HUTANG JAHAT ANDA.
=================================
Hutang yang tidak dikawal dengan baik akan mendekatkan si peminjam kepada muflis. Menurut Robert Kiyosaki, terdapat dua jenis hutang iaitu hutang baik dan hutang jahat.
.
Hutang baik akan memberi manfaat kepada peminjam walaupun ia hutang. Manakala hutang jahat pula akan membebankan peminjam.
.
Apakah perbezaan antara hutang baik dan hutang jahat?
.
Hutang baik
••••••••••••
.
Hutang baik adalah hutang yang akan memberi nilai tambahan kepada si peminjam sama ada dari segi pendapatan tambahan atau peningkat nilai aset. Hutang baik juga sering digunakan untuk pemilikan aset.
.
kita boleh mengenal pasti hutang yang bagaimana boleh membantu diri kita atau menjadi bebanan buat diri sendiri.
.
Hutang baik seperti hutang yang memberikan pulangan, di mana orang lebih suka menggunakan konsep ( OPM ) other people money ) seperti buat pelaburan ASB menggunakan duit pihak bank, beli rumah bawah Market Value, dapat makup loan, dan rumah disewakan positif cash flow.
.
Contoh hutang baik yang popular adalah pinjaman perumahan yang digunakan untuk pelaburan hartanah. Dengan pinjaman perumahan, anda akan mendapat manfaat daripada kenaikan nilai rumah tersebut dan pada masa yang sama juga boleh dapat pendapatan pasif melalui sewa setiap bulan.
.
Jika anda beli rumah pada harga RM100,000, selepas lima tahun nilai rumah tersebut mungkin akan meningkat sehingga RM200,000. Ini bermakna anda sudah untung RM100,000 selepas lima tahun dan pada masa yang sama bayaran bulanan kepada pihak bank juga penyewa anda yang akan bayar.
.
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?
.
Selain pinjaman perumahan, hutang baik yang lain adalah seperti hutang kereta yang digunakan untuk disewakan semula. Walaupun nilai kereta tersebut akan berkurang setiap tahun, pendapatan yang diterima melalui sewa kereta menjadikan hutang tersebut hutang yang baik.
.
Selain itu, hutang baik juga akan menyebabkan pendapatan kita setiap bulan bertambah.
.
Hutang jahat
•••••••••••••
.
Hutang jahat pula adalah hutang yang akan mengurangkan gaji atau pendapatan yang diterima setiap bulan. Hutang jahat ini juga yang menyebabkan bebanan terhadap peminjam meningkat.
.
Hutang jahat yang membebankan keadaan diri kita, akan menyebabkan effect DSR ( Debt Service Ratio ) pendapatan gaji, seperti pembelian kereta melebihi paras gaji, Pembiayaan Peribadi & lain-lain.
.
Contoh hutang jahat adalah seperti hutang peribadi yang digunakan untuk tujuan peribadi. Hutang tersebut menyebabkan peminjam terpaksa menggunakan duit gaji sendiri untuk membayar kepada pihak bank.
.
Hutang kereta untuk tujuan penggunaan sendiri juga boleh dikategorikan sebagai hutang jahat kerana nilai kereta tersebut yang semakin berkurang dan pada masa yang sama juga meningkatkan komitmen peminjam.
.
Jika anda beli kereta pada harga RM50,000, selepas 5 tahun nilai kereta tersebut akan berkurang menjadi RM20,000 manakala hutang anda dengan bank pula masih melebihi RM20,000. Ini bermakna jika anda jual kereta tersebut, anda masih perlu bayar kepada pihak bank dan tidak mendapat sebarang keuntungan.
.
Apa yang perlu anda faham?
.
Pinjaman perumahan yang selalunya dikategorikan sebagai hutang baik juga akan menjadi hutang jahat jika rumah tersebut digunakan untuk kegunaan sendiri. Dalam kes tersebut, walaupun ada peningkatan nilai pada rumah tersebut, bayaran bulanan setiap bulan kepada pihak bank menyebabkan komitmen peminjam meningkat.
.
Hutang pendidikan juga adalah satu hutang yang baik kerana ia adaah satu bentuk pelaburan yang akan memberi peluang pekerjaan kepada peminjam.
.
Untuk lebih senang faham, hutang baik akan meningkatkan pendapatan peminjam, manakala hutang jahat akan mengurangkan pendapatan peminjam. So berehati-hatilah dalam membuat hutang.
Last dari saya ungkapan yang boleh diberikan,
Jangan jadikan hidup kita hamba hutang, pergi kerja pagi, balik petang, cukup bulan bayar hutang.
Peranan penting dalam pemgurusan matlamat kewangan seseorang
PERANAN PENTING DALAM PENGURUSAN MATLAMAT KEWANGAN SESEORANG..!!!
===================================
Apabila diitanya satu soalan kepada setiap individu, apakah matlamat kewangan anda?.... ada di antara mereka yang akan menjawab…..Aku ingin menjadi kaya! aku Ingin beli rumah, kereta, dan sebagainya, semua sasaran ditetapkan bersama, tanpa jelas dengan sumber kewangan dan arah tuju yang nyata.
.
Pernahkah anda terpikir pada hakikatnya, adakah itu matlamat kewangan sebenar atau hanya angan-angan atau omong kosong? Benarkah begitu?
.
Oleh yang demikian, sebelum melakukan sebarang perancangan kewangan, perkara penting dalam merancang kewangan adalah menetapkan dahulu matlamat kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah disusuli dengan merancang dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan. Sebagai satu contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan membuat simpanan supaya dapat melunaskan pinjaman pembelian perumahan, kereta dan kad Kredit.
***
Contoh matlamat kewangan berdasarkan tempoh masa:
1. Matlamat jangkamasa pendek boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya seperti ingin membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.
2. Matlamat jangkamasa sederhana pula adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membayar hutang atau membeli kereta (kereta ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh bayaran ansuran bulanan. Tempoh bayaran ansuran bulanan maksimum adalah 9 tahun, maka jika panjang jangka masa sehingga 9 tahun. Maka, boleh letakkan ia sebagai matlamat jangka masa panjang).
3. Matlamat jangkamasa panjang boleh dicapai dalam masa 10 tahun atau lebih, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk hari persaraan dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.
.
Anda mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya mempunyai faktor-faktor realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu.
.
Hakikatnya bahawa sesuatu matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan anda. Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan anda mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu.
.
Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan impian anda, pastikan matlamat kewangan anda betol-betol jelas.
***
Be SMART
Kelebihan yang ada pada perancangan harta pusaka
KELEBIHAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
#Testimoniseorangwarisisteri
Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.
Sebelum meninggal arwah suami beliau telah menulis wasiat & melantik As-Salihin sebagai wasi
Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat bergantung dan berlindung kami sekeluarga.
Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.
Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.
Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP)(Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.
as-Salihin telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.
Malah pihak as-Salihin juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.
Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.
Seandainya tanpa bantuan as-Salihin, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian. Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.
Yang benar,
Nor Hazami Binti Harun
HIBAH? KENAPA PERLUNYA HIBAH?
BUATLAH HIBAH UNTUK KELUARGA TERCINTA!
===================================
Tahukan anda, Jika kita meninggal semua duit simpanan kita sama ada dalam ASB, KWSP atau Tabung Haji akan jadi pusaka yang akan dibahagikan secara faraid kepada semua yang layak?
Jika kita namakan isteri kita sebagai pemegang amanah atau wasi mereka ini sekadar memudahkan wang yang ada itu dikeluarkan dan dibahagikan kepada sesiapa yang layak sahaja.
Hibah terbahagi kepada 2 iaitu hibah bersyarat dan hibah mutlak.
Hibah bersyarat ialah hibah yang akan berkuat kuasa selepas berlakunya kematian. Manfaat takaful tidak menjadikan sebahagian daripada harta pusaka atau tertakluk kepadahutangnya. Contohnya Hibah takaful.
Hibah mutlak ialah hibah yang diberikan kepada seseorang dalam bentuk biasa atau tanpa ditetapkan sebarang syarat untuk menguatkuasakan hibah tersebut.
Apa pula hibah Amanah?
Hibah Amanah (pelabur Muslim) dan Pengisytiharan Amanah (pelabur bukan Muslim) merupakan perkhidmatan perwarisan yang ditawarkan ASNB khusus untuk pelabur unit amanah ASNB menamakan penerima untuk pelaburan mereka.
Pelabur hanya memerlukan satu kontrak sahaja untuk semua jenis tabung unit amanah yang dilaburkan di ASNB (contoh : yuran pendaftaran tetap RM100 walau pelabur melabur dalam 6 jenis tabung unit amanah ASNB) dan boleh menamakan sehingga 10 pene
✅Apa kelebihannya?
Apabila pelabur melanggan Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah, proses tuntutan oleh waris akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Berbanding proses biasa yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan lamanya serta membabitkan kos seperti yuran guaman, proses tuntutan menerusi Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah hanya mengambil masa kira-kira 30 hari sahaja dan boleh dibuat di Cawangan ASNB.
Justeru ia sudah pasti memudahkan waris yang mungkin memerlukan wang pelaburan yang ditinggalkan pelabur untuk meneruskan kelangsungan hidup.
✅Mengapa bukan penama?
Hibah Amanah/ Pengisytiharan Amanah adalah lebih mudah kerana waris yang dinamakan sebagai penerima adalah penerima mutlak, berbanding penama yang merupakan wasi sahaja.
Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa wang yang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid, justeru penama hanyalah wasi atau pemegang amanah dan dia hendaklah membahagikan wang peninggalan si mati mengikut hukum faraid.
Dengan Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah, waris merupakan penerima mutlak dan pelabur boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima termasuk anak angkat, ibu angkat atau sahabat baik sekalipun. Malahan Hibah juga membantu sekiranya pelabur mempunyai anak perempuan sahaja.
Untuk maklumat lanjut:
i. Hibah Amanah: http://bit.ly/HibahAmanahASNB
ii. Pengisytiharan Amanah :
http://bit.ly/PengisytiharanAmanahASNB
Wednesday, June 9, 2021
FREE MANFAAT DARI AIA
Assalamualaikum.. Hai,
Boleh sebarkan link ni kepada semua kenalan:
https://www.rsc.aia.net.my/rsc/117954
TERBUKA kepada SEMUA - Client dan bukan client pun boleh dapatkan manfaat ini:
1. Elaun RM100 sehari untuk kemasukan hospital disebabkan komplikasi vaksin Covid-19
2. Manfaat kematian RM20,000 jika meninggal disebabkan komplikasi vaksin Covid-19
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 - 70 tahun
- Tarikh daftar adalah pada 3 Jun 2021 - 14 Jun 2021 SAHAJA
- Anda perlu DAFTAR MELALUI LINK ini untuk dapatkan kedua-dua manfaat ;
- Pastikan anda allow pop-up di browser sebelum tekan link ini. Tekan INTERESTED dan isi details anda. Boleh PM saya jika anda ada masalah untuk mendaftar
- Pendaftaran terbuka dari 3 Jun 2021 - 14 Jun 2021 SAHAJA
https://www.rsc.aia.net.my/rsc/117954
- Coverage sehingga 31 December 2021 atau sehingga RM3 juta peruntukan habis
Benda FREE je. Cepat daftar SEKARANG tauuu ??
Tolong share benda baik ni kepada semua ye atau boleh forward ke group whatsapp anda.
Ini sekali lagi link daftar PERCUMA ??????
https://www.rsc.aia.net.my/rsc/117954
https://www.rsc.aia.net.my/rsc/117954
https://www.rsc.aia.net.my/rsc/117954
Secret of the rich peoples
#Secret of The Rich People
Rich people focus on investing; but other people focus on saving.
You can never get rich by saving. If you make 100K every year, how are you planning on saving to become a millionaire? You need to save all your money you will earn in the next ten years just to become a millionaire. How are you going to live? A man’s gotta eat! Drink normal coffee instead of Starbucks will save you a few dollars. What are you gonna do with that money that will make you rich? Nothing! You will do nothing that will make you rich. If you could become rich with money that you saved, then you can become rich with the money that you are already earning. Do that instead. It’s a lot easier; you already spend years educating yourself about that subject. Focus on increasing your income. Make the income stream bigger, or make more income streams.
Saving is not an income stream. It is a delayed expense. If you don’t do anything with your savings, it is worth as much as the fat on your belly. Getting fat is also saving. Does it do you any good? No, it is a potential that is weighing you down (and probably also all those doughnuts). Use your saving to increase your income flow. Invest it into something that keeps pays you for all eternity (And I’m not talking about ‘Win for Life,’ that is not investing). Investing is easy money. After your investment, you don’t have to do anything to keep getting that money flowing in. Keep enough of you saving so that you have money to pay for things when the world goes to hell. It doesn’t matter if it’s just your world or the actual planet. McDonald’s won’t sell you a cheeseburger if you don’t have money.
PS:
PM me if you are interested to know how to increase your monthly cash flow and becoming A MILLIONAIRE ❤❤❤
Monday, March 8, 2021
wasiat
Allah dah bagi jalan bagaimana nak merancang Harta di dalam al Quran, tetapi Kita saja yang tak ambil peduli.
Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Al Baqarah 240
Kewajipan seorang Suami adalah menyediakan tempat tinggal dan nafkah untuk Isteri, dan tanggungjawab itu bukan sahaja semasa hidup tetapi juga selepas Kematian.
✓Hibah Rumah pada Isteri untuk pastikan rumah menjadi hakmilik Isteri tanpa perlu Faraid.
✓Sediakan Dana Tunai (Hibah Simpanan /Takaful) minima setahun untuk belanja
✓Menulis Wasiat melantik Wasi menyelesaikan Hutang dan baki Harta Pusaka diagihkan ikut hasrat dalam Wasiat atau Faraid (ikut persetujuan Waris).
Laksanakan lah Perancangan Harta Islam mengikut Al Quran, kerana Allah adalah sebaik baik Perancang.
Sediakan duit untuk proses tuntutan
Bila kau lantik isteri kau sebagai penama KWSP, Tabung Haji, ASB, personal loan, rumah... pastikan kau juga kena sediakan duit untuk dia urus proses tuntutan.
Sebab apa? Untuk urus harta pusaka perlukan Wang, masa & komitmen.
Sini aku kongsi Fi urus pusaka;
📌Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil
✔️Bagi RM1,000 pertama - RM10
✔️Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30
✔️Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka
📌Fi Khidmat Amanah Raya Berhad
✔️Bagi RM25,000.00 pertama - 5%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%
✔️Bagi baki seterusnya - 1%
📌Fi Khidmat ASCO Shariah
✔️Sijil Faraid - RM5000
✔️Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir – RM5000
✔️Perintah Pembahagian/Perintah Peletakhakkan/✔️Perintah Jualan Dari Mahkamah Tinggi: RM6000
✔️Pentadbiran dan Agihan Pusaka – RM3000
✔️0.2% dari nilai Harta Pusaka
Bertuah jika si isteri punyai suami yang celik harta pusaka dan hibah takaful.
Tujuannya adalah nak mudahkan urusan ahli waris dalam buat tuntutan harta pusaka nanti.
Buatkan satu pelan hibah takaful dan namakan atas isteri kau siap-siap.
Dengan wang pampasan itu, dia akan gunakan untuk bayar kos-kos tuntutan harta pusaka sehingga selesai diagihkan kepada ahli faraid yang layak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP
“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...

-
Penama KWSP... Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nam...
-
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda: 1. **Ketahui Pasaran dan Pelanggan Anda**: Amat penti...
-
Assalamualikum, Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan. Unit trust atau a...