A-Excell
Pelan simpanan takaful yang memberikan pilihan untuk sumber pendapatan tetap.
Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang
berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang
kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut.
Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan
perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.
Apakah itu Takaful?
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membayar sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (menderma) ke dalam dana, iaitu Dana Risiko Peserta yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA AFG Takaful Bhd. sebagai Pengendali Takaful adalah diamanahkan untuk menguruskan dana ini menurut prinsip-prinsip Shariah.
Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Bagaimana pelan ini bertindak?
Caruman yang dibayar untuk pelan ini akan diperuntukkan ke dalam Akaun Peserta selepas potongan Yuran Wakalah, iaitu potongan yuran muka daripada peratus caruman yang dibayar. Caj-caj Tabarru‘ akan dipotong daripada Akaun Peserta secara bulanan dan disalurkan ke Dana Risiko Peserta. Dana Risiko Peserta akan digunakan sebagai bantuan dan pertolongan bersama peserta-peserta lain yang memerlukannya, berdasarkan konsep Takaful. Jika Dana Risiko Peserta tidak mencukupi untuk membayar faedah takaful, Pengendali Takaful akan menampung kekurangan itu dengan memberi pinjaman kebajikan (Al-Qard Al-Hasan) dan amaun ini akan dibayar semula kepada Pengendali Takaful tanpa sebarang keuntungan apabila Dana Risiko Peserta mencukupi, sebelum sebarang pengagihan lebihan pengunderaitan dibuat.
FAEDAH
Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
Pelan ini menyediakan:
1) Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai didalam akaun peserta (“Nilai Akaun Peserta”) akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil.
2) Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
~ Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun
Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100%
jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.
3) Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang. (Nota: Sila rujuk sijil takaful untuk maklumat terperinci bagi faedah perlindungan)
Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan-perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:
1) Faedah Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal
pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.
2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika
dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.
1
Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akan diberikan secara automatik sekiranya anda termasuk didalam risiko
piawai dan umur penyertaan anda bawah 56 tahun.
2
Faedah- faedah ini boleh didapati tertakluk kepada caruman tambahan. Sila ambil perhatian bahawa terdapat
pengecualian dan had yang dikenakan bagi faedah-faedah ini seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful.
3) Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau
didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu
dari 35 penyakit kritikal (jika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu, semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.
KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.
JUMLAH PERLINDUNGAN
Berapakah jumlah perlindungan minimum?
RM30,000
CARUMAN
Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.
Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun sekali sebulan.
Bagaimanakah saya boleh membayar caruman?
Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara dibawah:
a) Secara tunai atau dengan cek. Untuk bayaran dengan cek, sila bayar atas nama “AIA AFG Takaful Bhd”.
b) Bayaran automatik
i) Kad Kredit
ii) Autodebit
c) Arahan Tetap
d) Akaun Kutipan Korporat Maybank (AIA AFG)
Adakah caruman bagi A-Excel dijamin sepanjang tempoh 20 tahun tersebut?
Kadar caruman adalah tidak dijamin dan kami berhak untuk menyemak semula atau melaraskan kadar ini semasa pembaharuan. Sekiranya kadar caruman disemak, kami akan memberi anda notis 90 hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir anda di dalam rekod kami.
Semakan atau pelarasan kadar caruman akan berlaku semasa tarikh pembaharuan sijil selepas notis tersebut dikeluarkan.
Apakah itu cuti caruman?
Cuti caruman ialah apabila anda berhenti membayar caruman bagi sijil asas anda untuk sementara. Dalam keadaan ini, Caj Tabarru‘ dan Caj Cuti Caruman untuk sijil asas dan rider-rider (*3) akan terus dipotong daripada Nilai Akaun Peserta. Terdapat kemungkinan berlakunya keluputan apabila caj-caj yang diperlukan melebihi nilai dalam Nilai Akaun Peserta sijil asas dan rider.
*3
Syarat-syarat cuti caruman untuk rider pembayaran caruman adalah apabila bayaran caruman untuk rider-rider pembayaran caruman tersebut sudah dibayar sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum cuti caruman tersebut berkuatkuasa
LEBIHAN PERKONGSIAN
Adakah saya layak untuk menerima lebihan dan perkongsian lebihan pelaburan di dalam sijil ini?
Anda berhak untuk berkongsi:
i) Lebihan pengunderaitan (*4)(jika ada) daripada Dana Risiko Peserta yang dihasilkan daripada pengalaman tuntutan yang menguntungkan pada setiap hujung tahun kewangan Pengendali Takaful. Lebihan pengunderaitan akan diagihkan kepada peserta-peserta mengikut caruman caj-caj Tabarru‘, dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat ke atas sijil ini. Jika terdapat lebihan pengunderaitan dari Dana Risiko Peserta, ia akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dalam nisbah 50:50.
ii) Keuntungan pelaburan Akaun Peserta (jika ada) yang disebabkan oleh prestasi pelaburan yang menggalakkan tidak kurang dari sekali dalam satu tahun. Lebihan keuntungan pelaburan, jika ada, daripada Akaun Peserta akan dikongsi diantara Pengendali Takaful dan anda dalam nisbah 20:80.Pengendali Takaful akan mengendalikan dan melaburkan semua dana berlandaskan prinsipprinsip Shariah. Sebarang keuntungan yang akan dibayar kepada peserta akan didepositkan di dalam Akaun Peserta.
YURAN DAN CAJ
Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
i) Yuran Wakalah akan ditolak terlebih dahulu sebagai peratusan caruman dan baki caruman akan disalurkan ke dalam Akaun Peserta.
TERMA DAN SYARAT
Apakah antara terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?
• Kepentingan pendedahan – anda mesti mendedahkan semua fakta-fakta penting seperti
keadaan kesihatan dan menyatakan umur anda dengan betul.
• Tempoh percubaan – anda boleh membatalkan sijil dengan mengembalikan sijil itu dan
memberi notis bertulis kepada kami. Kami akan membayar balik kepada anda baki caruman
yang telah ditolak sebarang perbelanjaan yang telah dibuat bagi sebarang pemeriksaan
perubatan. Notis ini haruslah ditandatangani oleh anda dan diterima terus kepada kami dalam tempoh 15 hari selepas sijil diterima.
• Tempoh Ihsan – anda diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh genap tempoh bagi pembayaran setiap caruman berikutnya. Jika caruman tetap tidak dibayar pada akhir tempoh ihsan sijil ini, sijil ini mungkin luput, tertakluk kepada Nilai Akaun Peserta mencukupi untuk membayar caj-caj yang relevan dengan sijil tersebut.
Nota: Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk terma-terma dan syarat-syarat di bawah sijil ini.
PENGECUALIAN
Apakah pengecualian utama untuk A-Excel?
Pelan ini tidak melindungi:
i) Kematian yang disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyertaan atau tarikh mula berkuatkuasa, mana yang kemudian. Kami tidak akan membayar sebarang tuntutan, tetapi, kami akan membayar balik caruman yang telah dibayar.
ii) Sebarang hilang upaya akibat dari:
• Percubaan membinasakan diri atau kecederaan diri yang disengajakan semasa waras atau tidak waras.
• Berkhidmat dengan angkatan bersenjata atau pemulihan ketenteraman awam.
• Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang pesawat atau pengangkutan udara kecuali
sebagai penumpang dalam penerbangan komersial melalui laluan penumpang yang
ditetapkan.
• Sebarang kecederaan kongenital yang telah kelihatan atau didiagnosiskan sebelum orang dilindungi mencapai umur tujuh belas (17) tahun.
• Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.
Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk senarai pengecualian yang penuh di bawah sijil ini.
PERLINDUNGAN
Bilakah perlindungan takaful saya bermula?
Perlindungan anda bermula dari tarikh permohonan anda yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani itu diluluskan oleh kami dan apabila kami menerima caruman yang sewajarnya.
PEMBATALAN
Bolehkah Pengendali Takaful membatalkan sijil saya?
Tidak.
Bolehkah saya membatalkan/menyerahkan sijil saya?
Menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar caruman anda dalam tempoh ihsan, sijil anda mungkin luput. Amaun tunai, selepas ditolak caj serahan, jika ada, akan kami bayar kepada anda apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang akan kurang daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.
TUNTUTAN
Bagaimanakah saya hendak membuat tuntutan?
Anda perlu melengkapkan borang tuntutan yang berkaitan yang boleh didapati daripada ejen AIA AFG takaful anda atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 1 300 88 6670.
Apakah dokumen lain yang perlu diserahkan bersama tuntutan?
Di samping borang tuntutan yang berkaitan, kami juga memerlukan laporan perubatan tambahan (seperti yang dinyatakan di belakang borang tuntutan) untuk menyokong tuntutan.
Bilakah saya perlu memberitahu Pengendali Takaful mengenai tuntutan?
Sekiranya berlaku tuntutan, anda hendaklah memberitahu kami dengan segera
Tempoh pemberitahuan berbeza mengikut jenis tuntutan. Sila rujuk sijil takaful.
PENGEMBALIAN SEMULA
Bolehkah saya mengembalikan semula sijil saya jika ia telah luput?
Ya, anda boleh mengembalikan semula sijil anda tertakluk kepada terma-terma dan syaratsyarat Pengendali Takaful. Anda mungkin diminta untuk mengemukakan bukti kesihatan bagi membuktikan kelayakan anda untuk perlindungan takaful pada masa pengembalian semula.
PELEPASAN CUKAI
Adakah caruman yang dibayar untuk sijil ini layak untuk mendapat pelepasan cukai
pendapatan?
Sijil ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
MAKLUMAT
Apakah yang saya perlu lakukan jika butir-butir hubungan saya bertukar?
Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami mengenai sebarang pertukaran butbutir hubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Mengenai A-Excel
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai A-Excel atau pelan takaful AIA AFG atau rider yang lain, anda boleh menghubungi saya di talian 017-410 4484
"Jom ikuti blog kami untuk mendapatkan tips perancangan kewangan yang bijak! Temukan strategi untuk mencapai kestabilan kewangan, mengelakkan risiko tidak diingini, dan merancang masa depan yang lebih cerah. Dapatkan panduan praktikal dan saranan terbaru untuk memaksimumkan potensi kewangan anda. Sertai kami dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan dan keamanan finansial! #PerancanganKewangan #KewanganBijak"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP
“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...

-
Penama KWSP... Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nam...
-
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda: 1. **Ketahui Pasaran dan Pelanggan Anda**: Amat penti...
-
Assalamualikum, Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan. Unit trust atau a...
No comments:
Post a Comment