Thursday, April 19, 2012

FUNGSI UNIT AMANAH, RETURN & STRATEGY

Di bawah ini menerangkan bagaimana fungsi unit amanah.


Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?
Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut.Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD)dgn purata pulangan setahun 4%,anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.(berdasarkan RULE 72)

Bagaimana untuk mendapat keuntungan yang dinyatakan di atas?
Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 tahun. Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-

Just follow my STRATEGY & ADVISE.

LIVING WEALTHY ® 5 KEY PRINCIPLES ON HOW TO PROFIT FROM UNIT TRUST

1. ADOPT MID TO LONG – TERM VIEW
2. ESTABLISH INVESTMENT TARGET - Do not be emotional or greedy. Minimise your RISK. You must set your objectives and goals (10-15% returns) to know when to exit.
3. BE AN ACTIVE INVESTOR - Invest CONSISTENTLY and REGULARLY to potentially reduce your cost per unit.
4. CREATE ASSET ALLOCATION OF VARIETY OF FUNDS - Follow the Right Strategy and adopt together with other strategies in UT.
5. MONITOR AND REVIEW - Know the outcome of your investment periodically in order to determine the status of investment and the next course of action.

Sila ambil perhatian bahawa pelaburan unit amanah tidak sama seperti pelaburan di Bursa Malaysia. Unit amanah ini adalah satu bentuk pelaburan yang berobjektifkan sederhana dan jangka panjang. Strategi pelaburannya pula adalah pelbagai kerana lain dana, lain pula strategi pelaburannya.

Suka saya memaklumkan kepada ANDA, bahawasanya kami sebagai penasihat unit amanah bukan orang yang bertanggungjawab di dalam pengurusan strategi pelaburan untuk setiap dana. Pengurus Dana (Fund Manager) yang dibayar gaji inilah yang akan melakukan segala bentuk strategi. Mereka ini bekerja sepenuh masa, bertaraf profesional dan mempunyai tauliah akademik serta berpengalaman luas dalam bidang pelaburan. Wang Tuan bersama pelabur-pelabur lain dikumpulkan sehingga menjadi jumlah yang besar dan dengan wang inilah mereka mampu mempelbagaikan strategi instrumen-instrumen pelaburan. Antara instrumen yang digunakan adalah seperti pasaran wang (money market), sekuriti dan bon kerajaan, ekuiti dan pasaran hartanah (property). (LIHAT RAJAh YANG DIBERIKAN DI ATAS)

Apabila pasaran saham menaik atau menurun, pengurus-pengurus dana akan melakukan penyelidikan bagi merekabentuk strategi yang terbaik bagi memaksimakan kadar pulangan kepada para pelabur yang telah menyerahkan kepercayaan mereka terhadap pelaburan yang diuruskan oleh individu profesional ini. Akan tetapi, bukan itu sahaja caranya syarikat unit amanah menguruskan wang para pelabur.

Unit Amanah amat sesuai kepada para pelabur yang tidak mempunyai masa, pengetahuan dan wang yang banyak untuk memilih dan mempelbagaikan pelaburan mereka. Daripada memandai-mandai untuk cuba menguruskan sendiri, para pelabur mengamanahkan duit mereka kepada pengurus pelaburan dengan mengorbankan sedikit kos iaitu kos pengurusan (sekitar 6.5%). Lagipun, wang ‘kutu’ ini pun tidak disimpan atas nama syarikat unit amanah tetapi diawasi dan dipantau oleh Pemegang Amanah (contoh: Amanah Raya Berhad). Tidak cukup dengan itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) pula bertindak menjadi ‘polis’ untuk memerhatikan sekiranya berlaku sebarang penyelewengan. Ini semua dilakukan untuk melindungi kepentingan para pelabur seperti anda juga. Saya rasa setakat ini anda sudah boleh membezakan antara unit amanah dengan saham.

Seterusnya, saya akan terangkan perbezaan antara penasihat unit amanah dengan ‘remisier’. Penasihat unit amanah seperti saya ini bukannya seorang remisier. Tugas saya adalah untuk menasihati para pelabur unit amanah tentang aspek perancangan strategi kewangan untuk mencapai matlamat pelaburan mereka khususnyasimpanan yang melebihi 5 tahun. Objektif kewangan sedemikian biasanya berkaitan dengan tabung pendidikan anak-anak dan persaraan. Sumber wang pula boleh diperolehi melalui wang tunai atau pun skim KWSP (Akaun 1). Kebetulan memang ada remisier yang juga seorang penasihat unit amanah. Namun ingin saya nyatakan bahawa saya tidak layak dan tidak akan membantu anda dalam urusniaga saham-saham di Bursa Malaysia.

Mengenai dana (bukan saham ye) apa yang boleh saya cadangkan. Ini berbalik semula kepada profil kewangan dan keperluan anda. Sebagai contoh, saya tidak boleh mencadangkan Dana Ekuiti kepada Tuan sekiranya tahun depan Tuan akan pencen. Begitu juga kepada bakal pelabur yang berumur lewat 20-an, saya juga tidak akan mencadangkan Dana Bon di mana pulangannya agak rendah. Ini kerana memandangkan umur beliau masih muda, beliau berpeluang memperolehi pulangan yang tinggi dengan mengamalkan simpanan secara berkala untuk jangka masa yang lama melalui pelaburan yang berisiko lebih tinggi.

Bagaimana menjadi pelabur yang BIJAK.
Selagi kita mempunyai masa, kita mesti memaksa wang yang kita ada sekarang untuk bekerja dengan sekeras-kerasnya. Situasi ini sama teruknya dengan cara kita berhempas-pulas mencari rezeki untuk menampung diri sendiri dan keluarga. Dengan kadar inflasi dan kos perkhidmatan serta harga barangan pengguna yang melambung tinggi sekarang, wang kita tidak boleh dilonggokkan begitu sahaja dalam akaun simpanan biasa (cth: bank atau tabung haji) atau simpanan tetap. Begitu juga dengan simpanan (Akaun 1) di KWSP. Jangan hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga pencen. Sekiranya ASB boleh memberikan pulangan purata tahunan 8 peratus atau KWSP sebanyak 5 peratus, laburkanlah sebanyak mungkin ke dalam unit amanah untuk memaksimakan lagi pelaburan tersebut. Hidup ini memerlukan kepelbagaian. Lakukan yang terbaik kerana segala keputusan yang kita buat sekarang bakal mengubah gaya hidup kita pada masa akan datang.

Sebagai penutup, kita tinjau sedikit kata-kata nasihat tentang konsep kepelbagaian (diversification). Pepatah Inggeris ada menyebut “Don’t put your eggs in ONE basket”. Dalam Al-Quran pula ada dinyatakan dalam Surah Yusuf,ayat 67 yang bermaksud:

“ Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke Bandar Mesir) melalui sebuah pintu sahaja tetapi masuklah melalui beberapa buah pintu yang berlainan…”

Sekiranya ada apa2 pertanyaan please ctc me.

No comments:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...