Thursday, April 19, 2012

Kenapa pentingnya Unit Trust kepada ANDA?

Unit Amanah penting kepada ANDA kerana:

1) Bagi membuat persediaan sebelum bersara (RETIREMENT PLANNING)

Jika anda memandang serius ke arah kewangan yang terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda. Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?

a.-Inflasi
-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%. Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang? Apa akan jadi kalau harga makanan dijangka naik dan terus naik? Fikirkanlah...

b.-Umur yang panjang
-Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000. Dalam masa 20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00. Adakah kita mempunyai simpanan sebanyak itu untuk bersara?

c.-Kos persaraan yang tinggi
-Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan (ibadat haji),kos perjalanan dan sebagainya.Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen anda mencukupi?

d.-Pengurusan sumber kewangan
-Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...

Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja.Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara.Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA

2) Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)

Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-anak yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!


3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)

Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit yang tidak terjangka, penyakit kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya.Apa tindakan anda seterusnya? Adakah anda akan membuat pinjaman dari bank yang mengenakan faedah yang tinggi?


4.Peluang Melancong (Travelling Expense)

Melancung di tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan di dunia, pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi biarkan wang anda bekerja untuk anda.


5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)

Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sedia ada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.

6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)

Anda bersedia menghadapi saat ini sekiranya anda sudah bersiap sedia melabur di dalam unit trust yang memberi pulangan yang berganda.

Jangan lepaskan peluang ini. Bertindak sebelum terlambat.

Soalan yang ingin dituju: Agaknya lah, sekiranya anda tidak menyimpan BERMULA dari sekarang, MUNGKIN kah keesokannya (setelah bersara) anda akan mempunyai wang yang cukup?

So, fikir2 kanlah.

No comments:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...