A-Excell
Pelan simpanan takaful yang memberikan pilihan untuk sumber pendapatan tetap.
Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang
berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang
kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut.
Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan
perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.
Apakah itu Takaful?
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membayar sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (menderma) ke dalam dana, iaitu Dana Risiko Peserta yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA AFG Takaful Bhd. sebagai Pengendali Takaful adalah diamanahkan untuk menguruskan dana ini menurut prinsip-prinsip Shariah.
Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Bagaimana pelan ini bertindak?
Caruman yang dibayar untuk pelan ini akan diperuntukkan ke dalam Akaun Peserta selepas potongan Yuran Wakalah, iaitu potongan yuran muka daripada peratus caruman yang dibayar. Caj-caj Tabarru‘ akan dipotong daripada Akaun Peserta secara bulanan dan disalurkan ke Dana Risiko Peserta. Dana Risiko Peserta akan digunakan sebagai bantuan dan pertolongan bersama peserta-peserta lain yang memerlukannya, berdasarkan konsep Takaful. Jika Dana Risiko Peserta tidak mencukupi untuk membayar faedah takaful, Pengendali Takaful akan menampung kekurangan itu dengan memberi pinjaman kebajikan (Al-Qard Al-Hasan) dan amaun ini akan dibayar semula kepada Pengendali Takaful tanpa sebarang keuntungan apabila Dana Risiko Peserta mencukupi, sebelum sebarang pengagihan lebihan pengunderaitan dibuat.
FAEDAH
Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
Pelan ini menyediakan:
1) Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai didalam akaun peserta (“Nilai Akaun Peserta”) akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil.
2) Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
~ Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun
Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100%
jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.
3) Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang. (Nota: Sila rujuk sijil takaful untuk maklumat terperinci bagi faedah perlindungan)
Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan-perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:
1) Faedah Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal
pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.
2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika
dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.
1
Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akan diberikan secara automatik sekiranya anda termasuk didalam risiko
piawai dan umur penyertaan anda bawah 56 tahun.
2
Faedah- faedah ini boleh didapati tertakluk kepada caruman tambahan. Sila ambil perhatian bahawa terdapat
pengecualian dan had yang dikenakan bagi faedah-faedah ini seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful.
3) Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau
didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu
dari 35 penyakit kritikal (jika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu, semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.
KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.
JUMLAH PERLINDUNGAN
Berapakah jumlah perlindungan minimum?
RM30,000
CARUMAN
Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.
Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun sekali sebulan.
Bagaimanakah saya boleh membayar caruman?
Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara dibawah:
a) Secara tunai atau dengan cek. Untuk bayaran dengan cek, sila bayar atas nama “AIA AFG Takaful Bhd”.
b) Bayaran automatik
i) Kad Kredit
ii) Autodebit
c) Arahan Tetap
d) Akaun Kutipan Korporat Maybank (AIA AFG)
Adakah caruman bagi A-Excel dijamin sepanjang tempoh 20 tahun tersebut?
Kadar caruman adalah tidak dijamin dan kami berhak untuk menyemak semula atau melaraskan kadar ini semasa pembaharuan. Sekiranya kadar caruman disemak, kami akan memberi anda notis 90 hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir anda di dalam rekod kami.
Semakan atau pelarasan kadar caruman akan berlaku semasa tarikh pembaharuan sijil selepas notis tersebut dikeluarkan.
Apakah itu cuti caruman?
Cuti caruman ialah apabila anda berhenti membayar caruman bagi sijil asas anda untuk sementara. Dalam keadaan ini, Caj Tabarru‘ dan Caj Cuti Caruman untuk sijil asas dan rider-rider (*3) akan terus dipotong daripada Nilai Akaun Peserta. Terdapat kemungkinan berlakunya keluputan apabila caj-caj yang diperlukan melebihi nilai dalam Nilai Akaun Peserta sijil asas dan rider.
*3
Syarat-syarat cuti caruman untuk rider pembayaran caruman adalah apabila bayaran caruman untuk rider-rider pembayaran caruman tersebut sudah dibayar sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum cuti caruman tersebut berkuatkuasa
LEBIHAN PERKONGSIAN
Adakah saya layak untuk menerima lebihan dan perkongsian lebihan pelaburan di dalam sijil ini?
Anda berhak untuk berkongsi:
i) Lebihan pengunderaitan (*4)(jika ada) daripada Dana Risiko Peserta yang dihasilkan daripada pengalaman tuntutan yang menguntungkan pada setiap hujung tahun kewangan Pengendali Takaful. Lebihan pengunderaitan akan diagihkan kepada peserta-peserta mengikut caruman caj-caj Tabarru‘, dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat ke atas sijil ini. Jika terdapat lebihan pengunderaitan dari Dana Risiko Peserta, ia akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dalam nisbah 50:50.
ii) Keuntungan pelaburan Akaun Peserta (jika ada) yang disebabkan oleh prestasi pelaburan yang menggalakkan tidak kurang dari sekali dalam satu tahun. Lebihan keuntungan pelaburan, jika ada, daripada Akaun Peserta akan dikongsi diantara Pengendali Takaful dan anda dalam nisbah 20:80.Pengendali Takaful akan mengendalikan dan melaburkan semua dana berlandaskan prinsipprinsip Shariah. Sebarang keuntungan yang akan dibayar kepada peserta akan didepositkan di dalam Akaun Peserta.
YURAN DAN CAJ
Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
i) Yuran Wakalah akan ditolak terlebih dahulu sebagai peratusan caruman dan baki caruman akan disalurkan ke dalam Akaun Peserta.
TERMA DAN SYARAT
Apakah antara terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?
• Kepentingan pendedahan – anda mesti mendedahkan semua fakta-fakta penting seperti
keadaan kesihatan dan menyatakan umur anda dengan betul.
• Tempoh percubaan – anda boleh membatalkan sijil dengan mengembalikan sijil itu dan
memberi notis bertulis kepada kami. Kami akan membayar balik kepada anda baki caruman
yang telah ditolak sebarang perbelanjaan yang telah dibuat bagi sebarang pemeriksaan
perubatan. Notis ini haruslah ditandatangani oleh anda dan diterima terus kepada kami dalam tempoh 15 hari selepas sijil diterima.
• Tempoh Ihsan – anda diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh genap tempoh bagi pembayaran setiap caruman berikutnya. Jika caruman tetap tidak dibayar pada akhir tempoh ihsan sijil ini, sijil ini mungkin luput, tertakluk kepada Nilai Akaun Peserta mencukupi untuk membayar caj-caj yang relevan dengan sijil tersebut.
Nota: Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk terma-terma dan syarat-syarat di bawah sijil ini.
PENGECUALIAN
Apakah pengecualian utama untuk A-Excel?
Pelan ini tidak melindungi:
i) Kematian yang disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyertaan atau tarikh mula berkuatkuasa, mana yang kemudian. Kami tidak akan membayar sebarang tuntutan, tetapi, kami akan membayar balik caruman yang telah dibayar.
ii) Sebarang hilang upaya akibat dari:
• Percubaan membinasakan diri atau kecederaan diri yang disengajakan semasa waras atau tidak waras.
• Berkhidmat dengan angkatan bersenjata atau pemulihan ketenteraman awam.
• Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang pesawat atau pengangkutan udara kecuali
sebagai penumpang dalam penerbangan komersial melalui laluan penumpang yang
ditetapkan.
• Sebarang kecederaan kongenital yang telah kelihatan atau didiagnosiskan sebelum orang dilindungi mencapai umur tujuh belas (17) tahun.
• Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.
Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk senarai pengecualian yang penuh di bawah sijil ini.
PERLINDUNGAN
Bilakah perlindungan takaful saya bermula?
Perlindungan anda bermula dari tarikh permohonan anda yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani itu diluluskan oleh kami dan apabila kami menerima caruman yang sewajarnya.
PEMBATALAN
Bolehkah Pengendali Takaful membatalkan sijil saya?
Tidak.
Bolehkah saya membatalkan/menyerahkan sijil saya?
Menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar caruman anda dalam tempoh ihsan, sijil anda mungkin luput. Amaun tunai, selepas ditolak caj serahan, jika ada, akan kami bayar kepada anda apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang akan kurang daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.
TUNTUTAN
Bagaimanakah saya hendak membuat tuntutan?
Anda perlu melengkapkan borang tuntutan yang berkaitan yang boleh didapati daripada ejen AIA AFG takaful anda atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 1 300 88 6670.
Apakah dokumen lain yang perlu diserahkan bersama tuntutan?
Di samping borang tuntutan yang berkaitan, kami juga memerlukan laporan perubatan tambahan (seperti yang dinyatakan di belakang borang tuntutan) untuk menyokong tuntutan.
Bilakah saya perlu memberitahu Pengendali Takaful mengenai tuntutan?
Sekiranya berlaku tuntutan, anda hendaklah memberitahu kami dengan segera
Tempoh pemberitahuan berbeza mengikut jenis tuntutan. Sila rujuk sijil takaful.
PENGEMBALIAN SEMULA
Bolehkah saya mengembalikan semula sijil saya jika ia telah luput?
Ya, anda boleh mengembalikan semula sijil anda tertakluk kepada terma-terma dan syaratsyarat Pengendali Takaful. Anda mungkin diminta untuk mengemukakan bukti kesihatan bagi membuktikan kelayakan anda untuk perlindungan takaful pada masa pengembalian semula.
PELEPASAN CUKAI
Adakah caruman yang dibayar untuk sijil ini layak untuk mendapat pelepasan cukai
pendapatan?
Sijil ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
MAKLUMAT
Apakah yang saya perlu lakukan jika butir-butir hubungan saya bertukar?
Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami mengenai sebarang pertukaran butbutir hubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Mengenai A-Excel
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai A-Excel atau pelan takaful AIA AFG atau rider yang lain, anda boleh menghubungi saya di talian 017-410 4484
"Jom ikuti blog kami untuk mendapatkan tips perancangan kewangan yang bijak! Temukan strategi untuk mencapai kestabilan kewangan, mengelakkan risiko tidak diingini, dan merancang masa depan yang lebih cerah. Dapatkan panduan praktikal dan saranan terbaru untuk memaksimumkan potensi kewangan anda. Sertai kami dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan dan keamanan finansial! #PerancanganKewangan #KewanganBijak"
Wednesday, April 25, 2012
Saturday, April 21, 2012
Jemputan ke Seminar Kuasai Potensi Diri Wanita 2012
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi semua.
Kepada sesiapa wanita2 yang berminat untuk berjaya dengan ketrampilan yang menarik boleh lah berkunjung di Seminar Kuasai Diri Wanita 2012. Seminar ini di Taja oleh syarikat Richworks bergabung dengan Ms Millionairre CWA iaitu Ms Fiona Tahir & Dr Azizan.
Nak tahu caranya tengok iklan di bawah & ikut stepnya k.
Jom, sama2 kita hadiri seminar oleh mereka berdua yang telah bergelar JUTAWAN. Sama2lah kita manfaatkan apa yang akan diberikan.
Sekian terima kasih

Nak kerja PART TIME / FULL TIME
Assalamualaikum & selamat pagi semua....
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI PERKARA DI BAWAH?
1) Anda punya IMPIAN?
2) Anda ada CITA-CITA?
3) Anda ingin BERJAYA?
4) Anda ingin KAYA?
Kini, anda juga boleh mencapai IMPIAN, CITA-CITA, BERJAYA dan KAYA.....
Jika anda :
-berumur antara 21 – 35 tahun
-memiliki sijil SPM atau Diploma atau Ijazah (SPM dengan kepujian BM atau BI dan Matematik)
-fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
-mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Pemasaran (Marketing)
-komited, fokus dan mempunyai minda yang kental
-’High Remuneration’
-kreatif & inovatif
Jadi, anda berpeluang menikmati kerjaya ini secara part time / full time di samping menikmati ganjaran-ganjaran yang HEBAT seperti:
- pendapatan LUMAYAN
- Melancung PERCUMA
- SUBSIDI pinjaman kereta
- Office yang berhawa dingin
- BERPELUANG menjadi BOSS
Berminat, sila hantar RESUME ke email emajulia2002@yahoo.co.uk untuk seisi temuduga.
Sekian terima kasih....

Thursday, April 19, 2012
FUNGSI UNIT AMANAH, RETURN & STRATEGY
Di bawah ini menerangkan bagaimana fungsi unit amanah.
Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?
Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut.Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD)dgn purata pulangan setahun 4%,anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.(berdasarkan RULE 72)
Bagaimana untuk mendapat keuntungan yang dinyatakan di atas?
Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 tahun. Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-
Just follow my STRATEGY & ADVISE.
LIVING WEALTHY ® 5 KEY PRINCIPLES ON HOW TO PROFIT FROM UNIT TRUST
1. ADOPT MID TO LONG – TERM VIEW
2. ESTABLISH INVESTMENT TARGET - Do not be emotional or greedy. Minimise your RISK. You must set your objectives and goals (10-15% returns) to know when to exit.
3. BE AN ACTIVE INVESTOR - Invest CONSISTENTLY and REGULARLY to potentially reduce your cost per unit.
4. CREATE ASSET ALLOCATION OF VARIETY OF FUNDS - Follow the Right Strategy and adopt together with other strategies in UT.
5. MONITOR AND REVIEW - Know the outcome of your investment periodically in order to determine the status of investment and the next course of action.
Sila ambil perhatian bahawa pelaburan unit amanah tidak sama seperti pelaburan di Bursa Malaysia. Unit amanah ini adalah satu bentuk pelaburan yang berobjektifkan sederhana dan jangka panjang. Strategi pelaburannya pula adalah pelbagai kerana lain dana, lain pula strategi pelaburannya.
Suka saya memaklumkan kepada ANDA, bahawasanya kami sebagai penasihat unit amanah bukan orang yang bertanggungjawab di dalam pengurusan strategi pelaburan untuk setiap dana. Pengurus Dana (Fund Manager) yang dibayar gaji inilah yang akan melakukan segala bentuk strategi. Mereka ini bekerja sepenuh masa, bertaraf profesional dan mempunyai tauliah akademik serta berpengalaman luas dalam bidang pelaburan. Wang Tuan bersama pelabur-pelabur lain dikumpulkan sehingga menjadi jumlah yang besar dan dengan wang inilah mereka mampu mempelbagaikan strategi instrumen-instrumen pelaburan. Antara instrumen yang digunakan adalah seperti pasaran wang (money market), sekuriti dan bon kerajaan, ekuiti dan pasaran hartanah (property). (LIHAT RAJAh YANG DIBERIKAN DI ATAS)
Apabila pasaran saham menaik atau menurun, pengurus-pengurus dana akan melakukan penyelidikan bagi merekabentuk strategi yang terbaik bagi memaksimakan kadar pulangan kepada para pelabur yang telah menyerahkan kepercayaan mereka terhadap pelaburan yang diuruskan oleh individu profesional ini. Akan tetapi, bukan itu sahaja caranya syarikat unit amanah menguruskan wang para pelabur.
Unit Amanah amat sesuai kepada para pelabur yang tidak mempunyai masa, pengetahuan dan wang yang banyak untuk memilih dan mempelbagaikan pelaburan mereka. Daripada memandai-mandai untuk cuba menguruskan sendiri, para pelabur mengamanahkan duit mereka kepada pengurus pelaburan dengan mengorbankan sedikit kos iaitu kos pengurusan (sekitar 6.5%). Lagipun, wang ‘kutu’ ini pun tidak disimpan atas nama syarikat unit amanah tetapi diawasi dan dipantau oleh Pemegang Amanah (contoh: Amanah Raya Berhad). Tidak cukup dengan itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) pula bertindak menjadi ‘polis’ untuk memerhatikan sekiranya berlaku sebarang penyelewengan. Ini semua dilakukan untuk melindungi kepentingan para pelabur seperti anda juga. Saya rasa setakat ini anda sudah boleh membezakan antara unit amanah dengan saham.
Seterusnya, saya akan terangkan perbezaan antara penasihat unit amanah dengan ‘remisier’. Penasihat unit amanah seperti saya ini bukannya seorang remisier. Tugas saya adalah untuk menasihati para pelabur unit amanah tentang aspek perancangan strategi kewangan untuk mencapai matlamat pelaburan mereka khususnyasimpanan yang melebihi 5 tahun. Objektif kewangan sedemikian biasanya berkaitan dengan tabung pendidikan anak-anak dan persaraan. Sumber wang pula boleh diperolehi melalui wang tunai atau pun skim KWSP (Akaun 1). Kebetulan memang ada remisier yang juga seorang penasihat unit amanah. Namun ingin saya nyatakan bahawa saya tidak layak dan tidak akan membantu anda dalam urusniaga saham-saham di Bursa Malaysia.
Mengenai dana (bukan saham ye) apa yang boleh saya cadangkan. Ini berbalik semula kepada profil kewangan dan keperluan anda. Sebagai contoh, saya tidak boleh mencadangkan Dana Ekuiti kepada Tuan sekiranya tahun depan Tuan akan pencen. Begitu juga kepada bakal pelabur yang berumur lewat 20-an, saya juga tidak akan mencadangkan Dana Bon di mana pulangannya agak rendah. Ini kerana memandangkan umur beliau masih muda, beliau berpeluang memperolehi pulangan yang tinggi dengan mengamalkan simpanan secara berkala untuk jangka masa yang lama melalui pelaburan yang berisiko lebih tinggi.
Bagaimana menjadi pelabur yang BIJAK.
Selagi kita mempunyai masa, kita mesti memaksa wang yang kita ada sekarang untuk bekerja dengan sekeras-kerasnya. Situasi ini sama teruknya dengan cara kita berhempas-pulas mencari rezeki untuk menampung diri sendiri dan keluarga. Dengan kadar inflasi dan kos perkhidmatan serta harga barangan pengguna yang melambung tinggi sekarang, wang kita tidak boleh dilonggokkan begitu sahaja dalam akaun simpanan biasa (cth: bank atau tabung haji) atau simpanan tetap. Begitu juga dengan simpanan (Akaun 1) di KWSP. Jangan hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga pencen. Sekiranya ASB boleh memberikan pulangan purata tahunan 8 peratus atau KWSP sebanyak 5 peratus, laburkanlah sebanyak mungkin ke dalam unit amanah untuk memaksimakan lagi pelaburan tersebut. Hidup ini memerlukan kepelbagaian. Lakukan yang terbaik kerana segala keputusan yang kita buat sekarang bakal mengubah gaya hidup kita pada masa akan datang.
Sebagai penutup, kita tinjau sedikit kata-kata nasihat tentang konsep kepelbagaian (diversification). Pepatah Inggeris ada menyebut “Don’t put your eggs in ONE basket”. Dalam Al-Quran pula ada dinyatakan dalam Surah Yusuf,ayat 67 yang bermaksud:
“ Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke Bandar Mesir) melalui sebuah pintu sahaja tetapi masuklah melalui beberapa buah pintu yang berlainan…”
Sekiranya ada apa2 pertanyaan please ctc me.

Kenapa pentingnya Unit Trust kepada ANDA?
Unit Amanah penting kepada ANDA kerana:
1) Bagi membuat persediaan sebelum bersara (RETIREMENT PLANNING)
Jika anda memandang serius ke arah kewangan yang terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda. Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?
a.-Inflasi
-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%. Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang? Apa akan jadi kalau harga makanan dijangka naik dan terus naik? Fikirkanlah...
b.-Umur yang panjang
-Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000. Dalam masa 20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00. Adakah kita mempunyai simpanan sebanyak itu untuk bersara?
c.-Kos persaraan yang tinggi
-Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan (ibadat haji),kos perjalanan dan sebagainya.Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen anda mencukupi?
d.-Pengurusan sumber kewangan
-Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...
Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja.Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara.Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA
2) Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)
Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-anak yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!
3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)
Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit yang tidak terjangka, penyakit kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya.Apa tindakan anda seterusnya? Adakah anda akan membuat pinjaman dari bank yang mengenakan faedah yang tinggi?
4.Peluang Melancong (Travelling Expense)
Melancung di tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan di dunia, pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi biarkan wang anda bekerja untuk anda.
5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)
Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sedia ada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.
6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)
Anda bersedia menghadapi saat ini sekiranya anda sudah bersiap sedia melabur di dalam unit trust yang memberi pulangan yang berganda.
Jangan lepaskan peluang ini. Bertindak sebelum terlambat.
Soalan yang ingin dituju: Agaknya lah, sekiranya anda tidak menyimpan BERMULA dari sekarang, MUNGKIN kah keesokannya (setelah bersara) anda akan mempunyai wang yang cukup?
So, fikir2 kanlah.

IMPIAN YANG PATUT DI KEJAR
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah di panjatkan syukor kehadrat illahi dgn limpah kurnianya dapat lagi saya membuat coretan didlm blog ini.
Hari ini saya ingin bercerita mengenai apa yang saya kongsikan didalam training grup semalam.
Motivation phase.
Ada 8 kawasan IMPIAN yang patut kita semua patut kejar.
1) Financial-yg ni core
2) Family- target untuk family (bg perhatian, kasih sayang, masa & juga bimbingan). Sume ni kena rujuk area no 1 x? Should be la kan.
3) Career-jg nak kena ada duit sbb nak p seminar etc
4) Fizikal-kesihatan kena ada duit jugak.
5) Emosi-bgmn nak happy. Dapat p travel seronok x? Ia berkaitan dgn hobi kita.
6) Pendidikan-seminar, buku semua kena pakai duit
7) masyarakat sekeliling-apa contribution yang kita nak bagi
8) tanggungjawab kepada ALLAH SWT. Paling penting sbb nak bersedekah, zakat, pergi haji-semua kena ada no 1 tu kan.
Sekarang lets talk about TIPS UTK BERJAYA. mudah saja stepnya;
1) ILMU
2) MENTOR
3) ACTIONS
So, nanti kita bincangkan mengenai 3 tips2 ini.
sekian dulu buat kali ini.

Tuesday, April 3, 2012
Bagaimana Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini saya ingin menerangkan mengenai pemilihan akaun pelaburan di unit trust.
Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?
1) Sebagai tabung kecemasan – Dari segi psikologi manusia perlu rasa selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan kena buang kerja.
2) Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru, percutian atau cengkeram pembelian rumah.
3) Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran pencen / tabung KWSP.
4) Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tanpa bekerja sendiri.
Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempartimbangkan faktor-faktor berikut:
1) Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?
2) Apakah risikonya?
3) Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?
4) Bolehkan ia dicairkan?
5) Berapakah harga pulangannya?
6) Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification)?
Berikut adalah contoh kedudukan pelabur berdasarkan faktor umur dan kehendak mereka:
1) Pesara:
- Contoh Wawasan: melindungi modal dan memaksimumkan pendapatan
- Langkah yang diambil: Pilih pelaburan selamat seperti unit amanah yang bermotifkan pendapatan, akaun mudharabah dan saham blue-chip. Sentiasa pantau kadar pendapatan yang diterima dari portfolio pelaburan. Untuk mengatasi inflsi sebahagian kecil modal patut dilaburkan dalam tabung lebih berisiko.
2) Pasangan dengan anak dewasa
- Contoh Wawasan: Untuk Persaraan
- Langkah yang diambil: Simpan sebahagian wang dalam pelaburn yang konservatif/ berisiko rendah. Kalau dari golongan kaya boleh gunakan pelaburan berisiko lebih tinggi. Pasangan dengan anak belasan tahun menyediakan tabung untuk bayaran bil pengajian yang tinggi. Mengkaji sumber-sumber bantuan kewangan / pinjaman yang ada. Memantau semua simpanan yang ada samaada mencukupi. Jika tidak mungkin berusaha menambahkan pandapatan.
3) Pasangan dengan anak bersekolah
- Contoh Wawasan: Tabung pendidikan dan tabung percutian
- Langkah yang diambil: pastikan sudah ada tabung tunai untuk kecemasan dahulu sebelum mula melabur dalam alat pelaburan yang mempunyai nilai pulangan yang tinggi seperti unit amanah pertumbuhan (grows funds). Tujuannya untuk mengatasi inflasi. Pelabur yang mempunyai selera risiko yang tinggi boleh menggunakan unit amanah pertumbuhan yang lebih aggresif.
4) Pasangan dengan bayi/anak kecil
- Contoh Wawasan: Rumah yang lebih bagus
- Langkah yang diambil: Pilih rumah yang sesuai – boleh jadi tempat tinggal serba boleh juga dijual bila anak-anak sudah berkahwin. Sebelum melabur pastikan sudah ada tabung kecemasan tunai bernilai 3 bulan gaji, insuran pendapatan, dan insuran perubatan. Pelaburan digalakkan dalam unit amanah jenis berimbang (balance fund) atau ASB.
5) Bujang
- Contoh Wawasan: Kereta, rumah
- Langkah yang diambil: Elakkan tabiat belanja berlebihan dengan mengambil skema pelaburan ’paksaan’ secara potongan gaji dalam akaun insuran/ takaful. Untuk wawasan jangka pendek sebahagian besar dari baki simpanan harus diletakkan dalam akaun-akaun yang menjamin modal. Baki kalau ada barulah melabur dalam unit amanah.
Monday, April 2, 2012
Kita semua perlu menjadi jutawan
Seseorang mesti mempunyai rizab tunai kira-kira RM1 juta untuk mengekalkan gaya hidup semasa selepas bersara.
Kita perlu menjadi jutawan apabila kita bersara! Kebanyakan orang salah faham tentang menjadi jutawan. Bagi mereka, menjadi seorang jutawan bermakna mereka hendaklah memiliki jumlah aset - dengan mencampurkan jumlah wang tunai mereka, rumah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kereta - yang bernilai RM1 juta dan ke atas.
Mereka percaya bahawa apabila mereka mencapai satu juta tunai, mereka harus menikmati diri dengan memandu kereta mewah yang besar dan tinggal di rumah banglo.
Dalam hakikatnya, kita semua perlu menjadi jutawan apabila kita bersara pada umur 55 tahun.
Berdasarkan penghitungan, kita perlu memiliki wang tunai, termasuk semua wang dalam simpanan , deposit tetap dan KWSP, yang mempunyai jumlah nilai lebih daripada RM1 juta.
Prinsip utama di sini ialah kita perlu mempunyai rizab tunai lebih daripada RM1 juta untuk mengekalkan gaya hidup semasa kita selepas bersara selama 20 tahun dari usia 55 tahun hingga 75 tahun. Dengan andaian bahawa kita boleh hidup sehingga 75 (jangka hayat purata rakyat Malaysia).
Berdasarkan pengiraan (lihat jadual) kami, jika kini anda berusia 35 tahun dan perbelanjaan bulanan anda adalah RM3, 000 sebulan, dengan andaian anda hanya mampu menjana pulangan sebanyak 3% (pulangan daripada deposit tetap) atas semua simpanan anda dan RM3, 000 akan berkembang dengan kadar inflasi purata sejarah sebanyak 3.5% setahun, anda akan memerlukan RM1.6mil apabila anda bersara pada umur 55 tahun.
Jumlah ini ini akan mencukupi bagi mengekalkan gaya hidup semasa anda untuk 20 tahun akan datang selepas persaraan anda pada usia 55 tahun.
Walau bagaimanapun, jika anda perlu membelanjakan RM5, 000, RM7, 000 atau RM10, 000 sebulan, maka anda perlu RM2.6mil, RM3.7mil dan RM5.3mil masing-masing pada usia persaraan anda 55 tahun.
Pendek kata, anda perlu menjadi seorang jutawan apabila anda bersara walaupun anda hanya mengekalkan gaya hidup mudah selepas persaraan anda. Anda tidak akan dapat menggunakan wang ini untuk membeli sebuah kereta mewah yang besar atau banglo, seperti yang anda benar-benar memerlukan wang untuk 20 tahun akan datang.
Thomas J. Stanley dan William D. Danko telah menjalankan kajian ke atas sebab-sebab mengapa sesetengah rakyat Amerika menjadi kaya. Mereka mendapati bahawa kebanyakan daripada mereka tinggal yang jauh di bawah kemampuan mereka.
Malangnya didapati sesetengah rakyat Malaysia tidak mempunyai wang yang mencukupi apabila mereka bersara. Sebahagian daripada mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka benar-benar perlu mengumpul jumlah wang sebanyak itu apabila mereka bersara. Mungkin ada yang sedia maklum, tetapi mereka mungkin telah menggunakan semua simpanan mereka untuk menyokong pendidikan anak-anak mereka. Akibatnya, mereka perlu mencari pekerjaan selepas bersara.
Sesetengah mungkin mempunyai kesukaran mencari pekerjaan. Banyak syarikat-syarikat mungkin lebih suka mengambil graduan muda dan bukannya seorang pesara melainkan jika sanggup menerima gaji yang lebih rendah.
Kita juga percaya bahawa banyak pelabur agak bimbang dengan memiliki wang yang cukup untuk persaraan. Mereka juga bimbang bahawa wang mereka mungkin tidak mencukupi untuk melindungi mereka daripada inflasi. Oleh itu, di samping mengawal perbelanjaan, kita juga perlu mengetahui bagaimana untuk mengembangkan wang kita.
Melihat kepada jadual, minimum sasaran pulangan tahunan boleh dicapai dengan menyediakan jumlah yang berbeza yang diperlukan untuk persaraan.
Bagi perbelanjaan bulanan sebanyak RM3, 000, sekiranya anda hanya mampu menjana pulangan 3% setahun, maka anda memerlukan RM1.6mil untuk persaraan manakala anda hanya memerlukan kira-kira RM900, 000 jika anda mampu untuk menjana pulangan sebanyak 10%.
Walau bagaimanapun, pulangan yang lebih tinggi disertakan dengan risiko yang lebih tinggi. Kita perlu memahami tahap ketahanan risiko kita. Kita perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang mencukupi untuk melabur jika kita berhasrat untuk menjana pulangan yang lebih tinggi.
The Star Online, January 28, 2009
3rd way financial planning
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Hopefully sihat. Tapi cuaca sekrang ni tak menentu. Saya pun tak berapa nak sihat. Batuk2 aje ni. Tapi tak de hal untuk update blog punya pasal.
Sekarang ni saya nak cerita macamana cara yang ke 3 pulak untuk buat pelaburan. Namanya REGULAR SAVING PLAN (RSP). Apa itu RSP? RSP itu adalah simpanan berkala bulanan. RSP ni risikonya kurang berbanding dengan pelaburan secara LUMP SUM. Sebab anda akan beli pada berbeza pada tiap2 bulan. Kadang kala naik, kadang kala turun. Jadi akan tidak perlu risau sekiranya harga turun. Lagi banyak unit yang anda kumpul, lagi banyak duit anda pada masa akan datang.
So, plan awal-awal untuk menikmati kewangan yang STABIL pada masa akan datang..
Semoga dengan plan-plan ini bermanfaat bagi anda semua.
Sekian untuk kali ini.
Terima kasih.... Dan jgn lupa ctc saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai plan ini. 017-410 4484

Subscribe to:
Posts (Atom)
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP
“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...

-
Penama KWSP... Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nam...
-
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda: 1. **Ketahui Pasaran dan Pelanggan Anda**: Amat penti...
-
Assalamualikum, Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan. Unit trust atau a...