Monday, October 22, 2012

WHY do people set goal?

1- It gives you a sense of direction in life, instead of aimlessly drifting not knowing what to do each day.
2- It gives you a drive or push in life. You will be motivated to put in the effort to accomplish what you want in life.
3- It gives you a reasons for living rather than existing. You will realise the importance of self-discipline, personal management and value your efforts and time.

5 SMART WAYS when creating a useful GOAL.
SPECIFIC - Describes what you want to accomplish with as much details as possible

MEASUREABLE - Describes your goal in terms that can clearly be , evaluated eg: .... "achieve RM100,000 personal sales by ........."

ACHIEVABLE - A practical action plan to achieve it. In your plan, indicate the methods (how) by which you want to achieve the goals.

REALISTIC - Setting a goal that you are actually capable of obtaining

TIMELINE - Break longer term goals into smaller chunks and clearly specify target completion dates

Perjalanan sebagai unit trust consultant

Assalamualikum,
Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan.
Unit trust atau amanah saham ini ialah simpanan jangka masa sederhana dan panjang (3 tahun ke atas). Itulah yang selalu aku explain kepada client aku.

Pagi tadi, aku ada appointment dengan satu client, seorang businessman yang berjaya. Dah lama aku try buat appointment dengan dia. Kali ini berjaya. Niat aku memanglah nak ajak dia menyimpan dalam Unit Trust sebab aku memang unit trust consultant..

Rupa-rupanya dia nie memang seorang yang bijak... dia membuat banyak pelaburan dalam hartanah..siap ada akauntan peribadi lagi, tapi aku bernasib baik bila akauntan dia tak ada kat opis dia...

Bila dah berjumpa, dia start argue dengan aku, dia minta aku berikan sebab kenapa dia mesti simpan dalam unit trust, hai pening juga kepala aku, nasib baiklah aku pun kira terrer juga...
aku berikan dia 9 sebab:
1) Unit trust ini simpanan cair (liquid), any time boleh jual balik untuk dapatkan duit, tak macam hartanah...ambil masa nak jual...bila ada pembeli baru boleh jual... unit trust boleh jual anytime...dapat duit dengan balik dengan segera...

2) Unit trust ini boleh jual sebahagian tak macam hartanah...katakan nak pakai duit sebab anak nak sambung study ke obersi atau emergency ... kita boleh jual sebahagian sabahagian sahaja...contoh kalau rumah... tak kan nak jual dapur sahaja atau tangga..siapa nak beli...

3) Unit trust ni, diuruskan pengurus yang berpengalaman...... biarkan pengurus dana buat untuk kita...tak payah susah-susah nak mengadap monitor BSKL..silap-silap sakit jantung terus piap..! Hartanah pun macam tu juga nak kena diurus...nak gajikan orang lain pula ker?

4) Modal rendah...dengan hanya RM500 atau RM1,000 kita boleh melabur untuk membeli dana yang dilabur dalam 100 bluechip company.... tak macam hartanah, dengan RM1,000 habuk pun tarak...

5) Diversify....dengan duit RM1,000 kita membuat pelaburan dalam beratus2 syarikat...jadi kita mempelbagaikan risiko...katakan dalam satu tahun, 10 syarikat rugi, kita masih ada sebahagian besar syarikat yang untung....dia akan seimbangkan balik keuntungan kita....so kita dapat dividen...

6) Perlaburan adalah selamat....ada Pemegang Amanah iaitu Amanah Raya Berhad...andai kata company ini tutup duit kita ada di pemegang amanah...

7) Perlaburan yang berlandaskan syariah...ada penasihat syariah iaitu IBFIM...sama dengan bank islam dan takaful malaysia...

8) Keuntungan yang tinggi...

9) Aku sebagai consultant yang akan sentiasa update dia dengan info semasa...tak payah bayar gaji....aku dengan rela buat kerja ini...sebab ini memang kerja aku..

Sekian terima kasih

Thursday, September 20, 2012

Financial talk on 20/9/2012

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, malam semalam saya telah hadir ke financial talk. Antaranya yang disentuh mengenai wasiat. Kesedaran tentang wasiat oleh individu. Memang touching jugak. So, saya cerita sikit pasal wasiat ni. Saya pun nak menunaikan fardu kifayah. Mengingatkan semua manusia supaya meninggalkan wasiat kepada waris. Sebab, Semua manusia akan meninggalkan dunia ini. Tapi adakah kita telah membuat persedian terhadap waris kita? Mungkin kita terlupa bahawasanya kita bekerja untuk mencari nafkah dan nak diberi kepada waris bukan? Bolehkah anda bayangkan, apa akan terjadi kepada waris, sekiranya kita pergi dulu tanpa meninggalkan wasiat? Jawapannya: Semua asset akan dibekukan. So, macammana nak dapatkan asset orang yang dah meninggal?

Di sini saya berikan mcmn cara nak Unfreezekan ur estate.

1- Bagi orang yang tidak mempunyai wasiat anda dikehendaki mengambil "Letter of Administration" - intestate.
Nak pergi kemana tu? Harta yang kurang 2mill go to Land Office & harta yang kurang dari 600k go to ARB. Harta yang lebih dari 2mill kena pergi ke High Court

2 - Bagi yang mempunyai wasiat terus ke High Court untuk mengambil Grant of Probate - Testate

Prosesnya agak tidious. So, kalau nak senang je Ctc saya. So, saya akan cerita lebih detail.

Antara dalil-dalilnya ialah:





Monday, September 10, 2012

Private Retirement Scheme training 2 days

2days training on Public Retirement Scheme

be your second rHelps investors to reduce tax...

Personal money survey on PRS

Sign Board

Federal Highway, located at Motorola interchange

NKVE, located @ Sprint Highway

Wednesday, September 5, 2012

Who want to be a millionnaire

Bila bercakap mengenai nak jadi millionaire, semuanya nak jadi. Tapi adakah setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Pernah tak, anda terdengar kalau nak bersara nanti kena jadi millionaires? Tau tak sebab apa? Ye la masa tu kan ke semua barang dah naik.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan. Dah ready ker?

So, disini ada artikel yang sewaktu dengannya.


Ini bukan saya yang kata ye. Buktinya.

So, apa lagi yang dok tunggu2. Call or sms me ke 017410 4484 to set for appointment.

Tuesday, May 22, 2012

Invitation to Grand Business Opportunity Presentation

Peluang untuk menjadi Perunding Kewangan

Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengubah hidup anda (FROM ZERO to HERO), mempunyai cita-cita yang tinggi, berkeyakinan tinggi dan kreatif di dalam segala segi.

Adakah anda mempunyai kelayakan seperti berikut:
- SPM Matematik & English @ Bahasa Melayu kredit.
- Diploma/ Degree/master (satu Kelebihan)
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Berpengalaman dalam bidang sales (satu kelebihan)

Faedah yang boleh anda nikmati:
- Boleh mendapat pendapatan yang Lumayan ((5 angka, 6 angka, Pilih sendiri)
- Melancung FREE ke luar / dalam negara
- Pelbagai bonus menarik (macam2 bonus ada)
- Subsidi pembiayaan kenderaan
- Perlindungan kemalangan diri
- Waktu kerja yang fleksibel
- Khidmat latihan professional disediakan

Kami akan mengadakan Grand Business Opportunity Presentation di Hotel Sunway Seberang Jaya pada pukul 6-7 petang. 28/5/2012 Isnin.

Makanan disediakan. So, datang awal untuk menikmatinya.
Pelbagai PROMOSI hebat akan berlaku.

Register cepat untuk reserve tempat sebelum 25 May 2012.. Seorang boleh reserve 3 tempat untuk rakan anda. hubungi saya or sms di talian 017-4104484. email pun boleh di emajulia2002@yahoo.co.uk

Sunday, May 6, 2012

INGIN MENJADI JUTAWAN DENGAN HANYA MENYIMPAN?

Adakah anda tergolong didalam golongan:
* Tidak percaya boleh menjadi jutawan
* Percaya boleh menjadi jutawan tetapi tidak tahu bagaimana caranya
* Anda menunggu mendapat duit besar

Kenapa anda perlu menjadi jutawan?

Kerana kuasa membeli sekarang tidak sama dgn kuasa membeli 10, 20, 30 tahun akan datang.


Sekiranya anda memiliki sekurang-kurangnya RM500 sekarang dan mampu menyimpan minima RM200 sebulan, sila sms or email saya untuk membuat temujanji.

Wednesday, April 25, 2012

SAVING + PROTECTION } A-EXCELL

A-Excell

Pelan simpanan takaful yang memberikan pilihan untuk sumber pendapatan tetap.

Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang
berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang
kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut.

Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan
perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.

Apakah itu Takaful?
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membayar sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (menderma) ke dalam dana, iaitu Dana Risiko Peserta yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA AFG Takaful Bhd. sebagai Pengendali Takaful adalah diamanahkan untuk menguruskan dana ini menurut prinsip-prinsip Shariah.

Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Bagaimana pelan ini bertindak?
Caruman yang dibayar untuk pelan ini akan diperuntukkan ke dalam Akaun Peserta selepas potongan Yuran Wakalah, iaitu potongan yuran muka daripada peratus caruman yang dibayar. Caj-caj Tabarru‘ akan dipotong daripada Akaun Peserta secara bulanan dan disalurkan ke Dana Risiko Peserta. Dana Risiko Peserta akan digunakan sebagai bantuan dan pertolongan bersama peserta-peserta lain yang memerlukannya, berdasarkan konsep Takaful. Jika Dana Risiko Peserta tidak mencukupi untuk membayar faedah takaful, Pengendali Takaful akan menampung kekurangan itu dengan memberi pinjaman kebajikan (Al-Qard Al-Hasan) dan amaun ini akan dibayar semula kepada Pengendali Takaful tanpa sebarang keuntungan apabila Dana Risiko Peserta mencukupi, sebelum sebarang pengagihan lebihan pengunderaitan dibuat.

FAEDAH

Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
Pelan ini menyediakan:
1) Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai didalam akaun peserta (“Nilai Akaun Peserta”) akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil.

2) Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
~ Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun
Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100%
jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.

3) Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang. (Nota: Sila rujuk sijil takaful untuk maklumat terperinci bagi faedah perlindungan)

Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan-perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:

1) Faedah Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal
pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.

2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika
dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.

1
Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akan diberikan secara automatik sekiranya anda termasuk didalam risiko
piawai dan umur penyertaan anda bawah 56 tahun.
2
Faedah- faedah ini boleh didapati tertakluk kepada caruman tambahan. Sila ambil perhatian bahawa terdapat
pengecualian dan had yang dikenakan bagi faedah-faedah ini seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful.

3) Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau
didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu
dari 35 penyakit kritikal (jika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu, semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.

KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.

JUMLAH PERLINDUNGAN
Berapakah jumlah perlindungan minimum?
RM30,000

CARUMAN
Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.

Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun sekali sebulan.

Bagaimanakah saya boleh membayar caruman?
Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara dibawah:
a) Secara tunai atau dengan cek. Untuk bayaran dengan cek, sila bayar atas nama “AIA AFG Takaful Bhd”.

b) Bayaran automatik
i) Kad Kredit
ii) Autodebit

c) Arahan Tetap

d) Akaun Kutipan Korporat Maybank (AIA AFG)

Adakah caruman bagi A-Excel dijamin sepanjang tempoh 20 tahun tersebut?
Kadar caruman adalah tidak dijamin dan kami berhak untuk menyemak semula atau melaraskan kadar ini semasa pembaharuan. Sekiranya kadar caruman disemak, kami akan memberi anda notis 90 hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir anda di dalam rekod kami.
Semakan atau pelarasan kadar caruman akan berlaku semasa tarikh pembaharuan sijil selepas notis tersebut dikeluarkan.

Apakah itu cuti caruman?
Cuti caruman ialah apabila anda berhenti membayar caruman bagi sijil asas anda untuk sementara. Dalam keadaan ini, Caj Tabarru‘ dan Caj Cuti Caruman untuk sijil asas dan rider-rider (*3) akan terus dipotong daripada Nilai Akaun Peserta. Terdapat kemungkinan berlakunya keluputan apabila caj-caj yang diperlukan melebihi nilai dalam Nilai Akaun Peserta sijil asas dan rider.

*3
Syarat-syarat cuti caruman untuk rider pembayaran caruman adalah apabila bayaran caruman untuk rider-rider pembayaran caruman tersebut sudah dibayar sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum cuti caruman tersebut berkuatkuasa

LEBIHAN PERKONGSIAN
Adakah saya layak untuk menerima lebihan dan perkongsian lebihan pelaburan di dalam sijil ini?
Anda berhak untuk berkongsi:

i) Lebihan pengunderaitan (*4)(jika ada) daripada Dana Risiko Peserta yang dihasilkan daripada pengalaman tuntutan yang menguntungkan pada setiap hujung tahun kewangan Pengendali Takaful. Lebihan pengunderaitan akan diagihkan kepada peserta-peserta mengikut caruman caj-caj Tabarru‘, dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat ke atas sijil ini. Jika terdapat lebihan pengunderaitan dari Dana Risiko Peserta, ia akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dalam nisbah 50:50.

ii) Keuntungan pelaburan Akaun Peserta (jika ada) yang disebabkan oleh prestasi pelaburan yang menggalakkan tidak kurang dari sekali dalam satu tahun. Lebihan keuntungan pelaburan, jika ada, daripada Akaun Peserta akan dikongsi diantara Pengendali Takaful dan anda dalam nisbah 20:80.Pengendali Takaful akan mengendalikan dan melaburkan semua dana berlandaskan prinsipprinsip Shariah. Sebarang keuntungan yang akan dibayar kepada peserta akan didepositkan di dalam Akaun Peserta.

YURAN DAN CAJ
Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
i) Yuran Wakalah akan ditolak terlebih dahulu sebagai peratusan caruman dan baki caruman akan disalurkan ke dalam Akaun Peserta.

TERMA DAN SYARAT
Apakah antara terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?
• Kepentingan pendedahan – anda mesti mendedahkan semua fakta-fakta penting seperti
keadaan kesihatan dan menyatakan umur anda dengan betul.
• Tempoh percubaan – anda boleh membatalkan sijil dengan mengembalikan sijil itu dan
memberi notis bertulis kepada kami. Kami akan membayar balik kepada anda baki caruman
yang telah ditolak sebarang perbelanjaan yang telah dibuat bagi sebarang pemeriksaan
perubatan. Notis ini haruslah ditandatangani oleh anda dan diterima terus kepada kami dalam tempoh 15 hari selepas sijil diterima.
• Tempoh Ihsan – anda diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh genap tempoh bagi pembayaran setiap caruman berikutnya. Jika caruman tetap tidak dibayar pada akhir tempoh ihsan sijil ini, sijil ini mungkin luput, tertakluk kepada Nilai Akaun Peserta mencukupi untuk membayar caj-caj yang relevan dengan sijil tersebut.
Nota: Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk terma-terma dan syarat-syarat di bawah sijil ini.

PENGECUALIAN
Apakah pengecualian utama untuk A-Excel?
Pelan ini tidak melindungi:
i) Kematian yang disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyertaan atau tarikh mula berkuatkuasa, mana yang kemudian. Kami tidak akan membayar sebarang tuntutan, tetapi, kami akan membayar balik caruman yang telah dibayar.
ii) Sebarang hilang upaya akibat dari:
• Percubaan membinasakan diri atau kecederaan diri yang disengajakan semasa waras atau tidak waras.
• Berkhidmat dengan angkatan bersenjata atau pemulihan ketenteraman awam.
• Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang pesawat atau pengangkutan udara kecuali
sebagai penumpang dalam penerbangan komersial melalui laluan penumpang yang
ditetapkan.
• Sebarang kecederaan kongenital yang telah kelihatan atau didiagnosiskan sebelum orang dilindungi mencapai umur tujuh belas (17) tahun.
• Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.
Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk senarai pengecualian yang penuh di bawah sijil ini.

PERLINDUNGAN

Bilakah perlindungan takaful saya bermula?
Perlindungan anda bermula dari tarikh permohonan anda yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani itu diluluskan oleh kami dan apabila kami menerima caruman yang sewajarnya.

PEMBATALAN

Bolehkah Pengendali Takaful membatalkan sijil saya?
Tidak.

Bolehkah saya membatalkan/menyerahkan sijil saya?
Menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar caruman anda dalam tempoh ihsan, sijil anda mungkin luput. Amaun tunai, selepas ditolak caj serahan, jika ada, akan kami bayar kepada anda apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang akan kurang daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

TUNTUTAN

Bagaimanakah saya hendak membuat tuntutan?
Anda perlu melengkapkan borang tuntutan yang berkaitan yang boleh didapati daripada ejen AIA AFG takaful anda atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 1 300 88 6670.

Apakah dokumen lain yang perlu diserahkan bersama tuntutan?
Di samping borang tuntutan yang berkaitan, kami juga memerlukan laporan perubatan tambahan (seperti yang dinyatakan di belakang borang tuntutan) untuk menyokong tuntutan.

Bilakah saya perlu memberitahu Pengendali Takaful mengenai tuntutan?
Sekiranya berlaku tuntutan, anda hendaklah memberitahu kami dengan segera
Tempoh pemberitahuan berbeza mengikut jenis tuntutan. Sila rujuk sijil takaful.

PENGEMBALIAN SEMULA
Bolehkah saya mengembalikan semula sijil saya jika ia telah luput?
Ya, anda boleh mengembalikan semula sijil anda tertakluk kepada terma-terma dan syaratsyarat Pengendali Takaful. Anda mungkin diminta untuk mengemukakan bukti kesihatan bagi membuktikan kelayakan anda untuk perlindungan takaful pada masa pengembalian semula.

PELEPASAN CUKAI
Adakah caruman yang dibayar untuk sijil ini layak untuk mendapat pelepasan cukai
pendapatan?

Sijil ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

MAKLUMAT
Apakah yang saya perlu lakukan jika butir-butir hubungan saya bertukar?
Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami mengenai sebarang pertukaran butbutir hubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Mengenai A-Excel
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai A-Excel atau pelan takaful AIA AFG atau rider yang lain, anda boleh menghubungi saya di talian 017-410 4484

Saturday, April 21, 2012

Jemputan ke Seminar Kuasai Potensi Diri Wanita 2012

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi semua.

Kepada sesiapa wanita2 yang berminat untuk berjaya dengan ketrampilan yang menarik boleh lah berkunjung di Seminar Kuasai Diri Wanita 2012. Seminar ini di Taja oleh syarikat Richworks bergabung dengan Ms Millionairre CWA iaitu Ms Fiona Tahir & Dr Azizan.

Nak tahu caranya tengok iklan di bawah & ikut stepnya k.

Jom, sama2 kita hadiri seminar oleh mereka berdua yang telah bergelar JUTAWAN. Sama2lah kita manfaatkan apa yang akan diberikan.

Sekian terima kasih


5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...