Sunday, August 9, 2020

Shares

1.     Pasaran saham dijadikan kayu pengukur kekuatan dan kestabilan ekonomi negara. Apabila indeks komposit meningkat,orang akan mula memperkatakan betapa hebatnya ekonomi negara dan apabila menurun,mereka yang mengikuti & terlibat perkembangan pasaran saham akan merasa bahangnya. Pengalaman sedemikian juga berlaku awal 1990,apabila terlalu ramai orang yang terlibat dalam jual beli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL*),dan kita dapati ramai diantara mereka menjadi jutawan segera melalui beberapa kaedah transaksi pertukaran saham & mendapat rezeki yang tak terduga.,tetapi keadaan itu tidak berkekalan apabila tiba musim kegawatan 1998,harga saham jatuh merudum. Hingga kini harga saham terus tidak pulih.Ramai pelabur yang lama & baru mencuba terjebak dalam pasaran dengan nilai yang besar. * BSKL kini dikenali sebagai Bursa Malaysia 2.      Tempat berlaku urus niaga & pertukaran saham / sekuriti . Di Malaysia,tempat rasmi urusniaga saham yang mudah ialah BSKL. Di BSKL,sekuriti didagangkan untuk dibeli oleh pelabur. Sekuriti adalah stok(saham) dan bon yang mewakili hak kepada aset / perniagaan & boleh didagangkan (dibeli & dijual). Terdapat 2 pasaran : PASARAN PRIMER PASARAN SEKUNDER 3.      Stok biasa adalah saham biasa yang dimiliki memberi hak-hak tertentu kepada pemiliknya seperti mengundi dan memperoleh dividen. Pemilik dianggap sebagai pemilik syarikat dengan peratus milikan berdasarkan jumlah saham yang dipegang. Contoh saham ialah saham terutama (prefered stock) dan saham biasa (ordinary stock). Pemilikan saham-saham didalam sesebuah perniagaan membolehkan pemilik mendapat keuntungan. Ia boleh diperoleh melalui keuntungan perniagaan & keuntungan modal (Capital Gains ). Keuntungan modal adalah keuntungan hasil daripada jualan saham. Sementara keuntungan perniagaan adalah keuntungan tahunan syarikat yang diisytiharkan sebagai dividen. Bagi pedagang saham mereka lebih berminat dengan keuntungan modal berbanding dengan keuntungan perniagaan. 4.  Nilai saham disebut dalam tiga cara: NILAI PAR    NILAI PASAR NILAI BUKU NILAI PAR ialah nilai asal sesaham yang diterbitkan dan tercatit pada sijil saham,biasanya RM1/sesaham. NILAI PASAR adalah nilai sebenar sesaham yang diniagakan di pasaran sekunder. NILAI BUKU ialah nilai sesaham dikira dengan cara menjumlahkan ekuiti bersih pemilik saham dibahagi dengan jumlah bilangan saham biasa. NILAI BUKU : aset – liabiliti - saham terutama ____________________________ bilangan saham biasa. 5.      Saham terutama mempunyai keutamaan dalam pembahagian dividen & dalam kebanyakan kes dividenya telah ditetapkan. Dari segi hak keatas syarikat pemilik saham ini tidak berhak seperti pemilik sahm biasa. Contoh,dalam pemilihan ahli lembaga,pemegang saham keutamaan tidak boleh mengundi seperti hak diberi pemegang saham biasa,apatah lagi menjawat jawatan. Saham keutamaan tertunggak berlaku jika dividennya tidak dibayar pada satu tahun akan terkumpul dan mesti dibayar terlebih dahulu sebelum membayar kepada pemegang saham biasa. Antara pasaran sekunder utama dunia ialah NYSE,AMEX di AS,HANSEN di Hong Kong & NIKKEI di Jepun.Operasi badan ini menyerupai BSKL di M’sia. Broker ialah individu berlesen yang berkerja menjual & membeli saham bagi pihak pelanggan di psaran sekunder.Seperti dijelaskan sebelum ini,broker akn melantik remiser yang berkelayakan menjalankan aktiviti urusniaga mereka. 6. Pasaran Over-The-Counter-Market (OTC) ialah proses jualan & belian yg berlaku di BSKL (atau mana2 stock exchange yg teratur) dimana pembeli & penjual bersetuju berbuat demikian.  Selalunya OTC berlaku apabila trdapat urusniaga besar melibatkan perubahan signifikan kepada struktur pengurusan atasan syarikat.  Apabila penggabungan bank berlaku di Malaysia,penjualan dan pembelian saham di bank –bank berlaku dgn teratur dan ini ialah pasaran saham secara OTC (luar kaunter)  7.          Hutang jangkapanjang yg diterbitkan oleh badan-badan tertentu. Bon kerajaan adlh bentuk hutang yg diterbitkan kerajaan membiayai projek yg dijalankan olehnya termasuk bil-bil dan nota perbendarahan serta Bon Nasional Bil.1 oleh K’jaan M’sia.K’jaan tempatan juga boleh mengeluarkan bon berbentuk demikian. Bon korporat ialah bon yg diterbitkan syarikat-syarikat diperbadankan. Bon dikeluarkan dijamin dipanggil secured bonds & tidak dijamin dipanggil debentur. Debentur sama seperti hutang yang ditanggung,tetapi mempunyai nilai faedah tertentu yang mesti dibayar pemegang. Akn tamat tempoh apabila tmt tempoh matang. Kebanyakan bon adalah bon boleh panggil (callable bonds) yang boleh ditebus & dibayar oleh org yg menerbitkan sblum tempoh matang. Sinking funds adlh dana yg perlu dibuat oleh syarikat yg menerbitkan bon.Syarikat perlu menyimpan wang dlm akaun bank yg dikhaskan stiap thun utk menebus bon mengikut jadual. Bon boleh tukar (convertible bond)adlh mana2 bon yg bboleh ditukar kpd saham biasa.Bon bersiri ialah bentuk penebusan secara beransur-ansur. 8. MUTUAL FUNDS (Tabung Amanah) -Inisiatif sesebuah syarikat menarik simpanan orang ramai untuk dilaburkan dalam pasaran saham. (PNB,ASAS). -Pelabur tidak dikenakan caj belian dan jualan saham. -Peringkat awal kewujudan amanah saham (ASN),pelabur tidak dikenakan apa2 caj sewaktu membuat belian & jualan.Kini setiap jualan saham ASN,pelabur dicaj 5 sen setiap unit. -Ini dinamakan sebagai Load Fund iaitu pembelian & penjualan yg dikenakan komisyen.  KOMODITI -Diniaga secara terurus seperti saham. -Kontrak hadapan ialah perjanjian pembelian komoditi dgn harga & kuantiti ditetapkan pd satu tarikh terkehadapan.  OPSYEN STOK. -Hak membeli/menjual,dimana call option memberikan hak menjual kepada pemilik sesuatu stok.  9.         Sumber-sumber maklumat utk membeli & menjual saham boleh diperoleh dengan pelbagai cara (Akhbar,Majalah KLSE,RTM,dll) Antara istilah biasa digunakan ialah : current yield,big price,asked price,market index,bull market,bear market & sebagainya. Current yield ialah jumlah (amaun) wang dalam ringgit pd kupon yg dibyr scara tahunan pd bon yg dicatat sebagai peratus kepada harga pasaran semasa bon. Bid Price ialah harga sesuatu sekuriti tertentu yg sanggup dibyr oleh pembeli dlm kualiti tertentu. Asked price ialah harga yg sanggup ditawarkan oleh pemegang sekuriti tertentu dgn jumlah tertentu. Market index ialah harga purata bagi sekumpulan saham dikira untuk meggambarkan pencapaian secara menyeluruh sesuatu pasaran seperti BSKL. Pengarang Wall Street Journal,Charles H. Dow mencipta Dow Theory utk menghuraikan pergerakan pasaran yg bleh digunakan meramal arah gerakan harga pasaran.Menurut orang yg percaya teori Dow,satu pergerakan menurut tred yg besar yg dinamakan gerakan primer boleh berlaku yg mengambil masa 1-4 Thn. Pergerakan primer yg menarik dipanggil Bull market kerana pasaran agresif & menarik.Sementara pergerakan menurun dirujuk sbgi Bear market,kerana sifatnya menurun & bertahan. 10.    Untuk menjaga kepentingan awam yg melabur didalam syarikat berhad daripada penipuan,semua hal yg berkaitan dgn urusniaga saham dikawalselia oleh suruhanjaya sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti mengadakan program-program menyedarkan masyarakat pelabur terutama golongan korporat supaya tidak terlalu memanipulasi pasaran disamping mengawalselia penjualan & pembelian saham,pengambilan syarikat & sebagainya. Beberapa dakwaan pernah dibuat terhadap agen-agen (broker saham) & juga ahli-ahli yang melanggar peraturan yg digariskan seperti dagangan dalam (insider trading) & pembocoran maklumat yang membawa kepada melopnjak atau merudum harga saham sesebuah syarikat. 11.       Badan yang bertanggungjawab mengawas dan mengurus industri sekuriti. Bertanggungjawab mengawasi pasaran dan menguatkuasakan syarat-syarat penyenaraian yang menggariskan kriteria pengapungan saham-saham, pendedahan maklumat korporat dan disiplinyang perlu dipelihara oleh syarikat-syarikat awam. Pasaran saham di Malaysia bermula dengan penubuhan Persatuan Broker Saham Malaysia ,1937.Empat broker saham menjalankan operasi jual beli saham di Rumah Penjelasan Bank Negara dengan meletakkan tanda harga saham yang diperolehi atau yang hendak dijual. Arus pasaran terus berkembang sehingga 1963, Malayan Stock Exchange Limited ditubuhkan di Singapura dan Stock Exchange of Malaysia 1964. 1965, ia ditukar kepada The Stock Exchange of Malaysia and Singapore. Julai 1973, The Stock Exchange of Malaysia and Singapore berpecah dan bahagian Malaysia diwujudkan KLSE(Kuala Lumpur Stock Exchange) atau BSKL di bawah Akta Syarikat 1965. 12. •Sehingga 11 November 1988, hanya satu senarai papan potfolio sahaja yang ada.Tetapi pada tarikh tersebut diwujudkan papan kedua untuk memberi kemudahan dagangan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai modal yang kecil dan jangkamasa prestasi yang lebih singkat berbanding dengan syarikat-syarikat di papan utama. •Jika di papan utama, hanya syarikat-syarikat yang mempunyai modal melebihi RM20 juta dan rekod prestasi yang baik selama tiga hingga lima tahun berturut-turut sahaja yang layak disenaraikan.Papan kedua membenarkan syarikat-syarikat yang bermodalkan RM5 juta sehingga RM20 juta dengan rekod prestasi yang baik selama dua hingga tahun boleh juga turut disenaraikan. Sebelum kegawatan ekonomi melanda negara bahagian akhir tahun 1997, kita dapat menyaksikan peningkatan mendadak bilangan perniagaan yang didaftarkan dan juga bilangan syarikat yang berjaya disenaraikan di BSKL.Jadual 23.1 menunjukan bilangan syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL mengikut tahun sejak 1987 sehingga 1998. 13. ..Jadual 23.1 : Jumlah Syarikat Yang Tersenarai Di BSKL, 1987-1998.. Tahun Papan Utama Papan Kedua Jumlah Peratus Peningkatan atau Penurunan 1987 291 - 291 - 1988 295 - 295 1.4 1989 305 2 307 4.1 1990 271 14 285 -7.2 1991 292 32 324 13.7 1992 317 52 369 13.9 1993 329 84 413 11.9 1994 347 131 478 15.7 1995 369 160 529 10.7 1996 413 208 621 17.4 1997 444 264 708 14 1998 450 286 736 4 14. Jadual 23.1 menunjukkan peningkatan bilangan syarikat-syarikat yang tersenarai di papanutama dan kedua BSKL.Jadual tersebut menunjukkan kadar pertumbuhan bilangan syarikat yang tersenarai adalah sentiasa positif, kecuali bagi tahun 1990, kadarnya ialah -7.2 peratus.Selepas 1990, kadar pertumbuhan itu terus menunjukkan peratusan melebihi 10 peratus(antara 10.7 hingga 17.4 peratus).Sementara pada 1998, kadar pertumbuhannya telah menunjukkan penurunan yang mendadak(4 peratus). 15. ..OPERASI PERNIAGAAN DI BSKL..  Isnin sehinnga hari Jumaat dari 9.30 pagi12.30 tengah hai dan 2.30 petang -5.00 petang. Sejak 1989, BSKL mempunyai sistem perdagangan secara SCORE, iaitu Sistem Perlaksanaan dan Penghantaran Pesanan Berkomputer. 16. ..Proses Perjalanan SCORE..  dikendalikan beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan sistematik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.  bermula dengan memasukkan pesanan daripada pelanggan ke dalam terminal komputer yang khusus untuk sistem ini Dilaksakan di pejabat firma broker.  Perlu dijalankan dengan berhati-hati kerana sebarang kesilapan pada bahagian ini        menyebabkan kesan error kepada proses-proses berikutnya. Kedua permastian sesi kemasukan pesanan dan pemadanannya sama ada segi pagi atau sesi petang-ini penting kerana pesanan dan pemadanannya bagi setiap sesi dagangan hanya sah pada tempoh dagangan tersebut dan tidak boleh dipindahkan atau menukarkan kepada sesi lain. Sesi pagi dijalankan antara jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan sesi petang 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Terdapat kes yang pemadanan boleh dilakukan selepas waktu tutup rasmi setiap sesi dagangan. Bagi memastikan kesahihan setiap pesanan, pengesahan akan dibuat menerusi meson cetak di pejabat broker.Mestilah dilengkapi dengan butir-butir penting seperti jumlah yang dipadankan, harga dan identiti firma broker.. Perlu dipastikan sebarang pesanan yang tidak dapat dilaksanakan pada aknir sesi dagangan, hendaklah dimasukkan pada sesi dagangan, hendaklah dimasukkan pada sesi daganan berikutnya. Seterusnya pemansuhan boleh dilakukan apabila pesanan yang diterima tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya.Jika tidak dimansuhkan pesanan tersebut akan dikurangkan. Pemansuhan dan pengurangkan ini hanya boleh berlaku berdasarkan atau mengikut jumlah saham yang belum dijual. 17. Menjadi syarat penting dalam proses perjalanan SCORE iaitu tentang jumlah maksimum pesanan..Jumlah maksimum pesanan mestilah tidak melebihi 500 lot atau tidak lebih daripada 500,000 ribu unit. Tedapat dua bahagian dalam pesanan SCORE iaitu: -pesanan terhad -pesanan pasaran Pesanan terhad berfungsi dalam urusniaga pada tahap harga yang telah ditetapkan dan harga tersebut adalah pada kadar yang lebih baik.Keutamaan dalam pesanan ini diberikan kepada membeli pesanan jualan semasa harga rendah manakala pesanan pasaran terlaksana dalam bentuk harga yang disepadankan.Pensepadanan harga dilakukan oleh kakitangan bursa saham yang mengawal aktiviti urusniaga. 18.  berada di bawah kawalan BSKL melalui pusat penjelasan – Securities Clearing Automated Network Service Sdn Bhd (SCANS) Sistem penjelasan dan Penghantaran Tetap (FDSS) diperkenalkan pada januari 1990 yang membolehkan perancangan yang lebih berkesan oleh firma-firma broker.  Melalui sistem FDSS ini penentuan tarikh penghataran dan penjelasan urusniaga dibuat berdasarkan bilangan khusus hari dagangan iaitu bermula dengan tarikh urusniaga atau kontrak yang diwakili oleh t.  19. Seluruh jenis saham mesti didaftarkan dalam bentuk borang.Pendaftaran hak pemilik juga perlu untuk mendapatkan hak sebagai pemegang saham dalam sesebuah syarikat.Dokumen dalam proses pemindahan hak miliknya bersama dengan tandatangan penerimanya dan sijil ini perlu dihantar kepada pihak pendaftar syarikat.Tempoh 15 hari diberi untuk menyelesaikan segala urusan pindah milik dan mendapatkan sijil saham baru kemudian dihantar di bawah syarat penyenaraian BSKL.Dalam proses tersebut cukai setem dikenakan sebanyak rm3 untuk setiap saham bernilai RM1000 atau sebahagian daripadanya.Bagi pendaftaran pula cukai setem sebanyak RM2 setiap sijil saham. 20. ..Saham-Saham Amanah Di Malaysia.. Saham amanah ialah pengumpulan sumber kewangan ke dalam dana yang meletakkan hak kepada pemegang amanah korporat.Pemegang amanah korporat ini pula tertakluk kepada Surat Ikatan Amanah yang dibuat di antara syarikat pengurusan dengan pemegang amanah, yang akan memegang dana untuk faedah pelabur. Pemegang amanah akan membuat perlantikan pengurus-pengurus dana yang berkelayakan dan berpengalaman untuk membuat pelaburan yang menguntungkan.Keadah ini dapat dilihat di jadual 23.1. 21. ..Jadual 23.1: Konsep Amanah Saham.. Pemegang unit Surat ikatan amanah Melabur Dividen Pemegang amanah Syarikat pengurus saham amanah Pelaburan Dividen Pelaburan di pelbagai sektor 22. Pemegang unit-unit saham amanah akan melabur dengan Syarikat Saham Amanah yang melalui pengurus-pengurus dana yang mereka.Wang yang diambil daripada pelabur itu secara terkumpul dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat perniagaan daripada pelbagai sektor.Hasil daripada keuntungan syarikat tempat dilaburkan itu akan dibyar dalam bentuk dividen kepada syarikat pengurus saham amanh yang seterusnya akan membayar dividen kepada para pelabur individu.Dividen yang dibayar kepada pelabur individu adalah hasil perolehan pelaburan secara kolektif.Hubungan di antara pemegang unit dengan syarikat pengurus diikat melalui surat ikat amanah yang diawasi dan dijaga oleh pemegang saham. 23. Tabung saham amanah merupakan satu usaha yang membolehkan orang ramai membeli unit-unit saham yang diterbitkan melalui pengurus dana yang berpengalaman dan mempunyai masa untuk ditumpukan di dalam pelaburan.Selain daripada itu orang ramai yang kurang berkemampuan boleh membeli unit-unit saham dengan jumalh yang kecil, yang mana tidak mungkin dapat dilakukan untuk membeli saham-saham biasa di BSKL. 24. Tabung amanah bukanlah satu aktiviti ekonomi yang baru di Malaysia.Sejak tahun 1959, telah terdapat kira-kira 25 buah tabung amanah yang beroperasi di sini.Yang pertama diwujudkan ialah First Malayan diikuti dengan Second and Third Malayan serta juga Tabung Komoditi Sterling.Tabung-tabung ini diuruskan oleh Malayan Trust. 25. ..Penentuan Harga Jual Beli Saham Amanah.. Terdapat dua penentuan harga jual beli sham amanah~~ ..>Harga tawaran(offer price) ..>Harga belian(bid price) 26. Harga tawaran  harga yang ditawarkan oleh pembeli-pembeli saham untuk membeli unitunit dari pengurus-pengurus.  biasanya adalah tetap dan mereka yang ingin memiliki saham amanah akan memilih harga tawaran yang terendah dan berpotensi untuk meningkat. Harga belian  harga yang diletakan pembeli saham untuk menjual balik unit-unit kepada pengurus-pengurus.  selalunya adalah lebih tinggi daripaga harga tawaran dan boleh jadi juga harga tersebut lebih rendah daripada harga tawaran.  bergantung kepada urusniaga yang berlaku selepas pembelian saham amanah dengan menggunakan harga tawaran. Setiap hari harga seunit saham dinilaikan pada penghujung hari dengan menjumlahkan nilai saham=saham dalam portfolio, dividen-dividen dari pelaburan, wang tunai yang belum dilaburkan.Berdasarkan jumlah daripada tiga saluran tersebut akan ditolak jumlahnya dengan unit yang dikeluarkan..Didapati bahawa kos melabur dalam saham amanah boleh dikatakan tidak begitu tinggi.Saham amanah satu bentuk pelaburan jangka panjang. 27. ..Kebaikan dan Keburukan Saham Amanah.. ..KEBAIKAN..  pelaburan boleh dibuat dalam nilai yang kecil,  saham-saham yang dibeli dari pelbagai portfolio,  unit-unit yang dibeli boleh dijual pada harga pasaran dan pada kos murah dan dengan cara yang mudah berbanding dengan saham-saham biasa.  Pelenggaraan pelaburan diawasi dengan ketat oleh Pemegang Amanah yang bebas,  sijil-sijil unit saham amanah adalah sama nilainya dengan sijil saham  pelabur-pelabur tidak perlu bersusah payah mengawasi pelaburan mereka setiap hari.Dengan itu juga risiko kerugian di dalam pelaburan ini adalah yang minimum terumanya bagi mereka yang tidak berpengetahuan di dalam hal-hal saham. 28. ..KEBURUKAN..  dapat merasakan pulangannya tidak begitu tinggi walaupun dapat melihat pergerkan mata(indeks) yang melambung.  Ini kerana seperti yang kita ketahui risiko yang rendah boleh memberi untung yang rendah.Ini berlaku kerana portfolio yang dilabur adalah banyak dan nilai keuntungan diagih secara purata.  Pelabur tidak boleh memilih pengurus dana yang mereka suka, Cuma mereka boleh memilih syarikat atau perbadanan yang menerbitkan saham amanah. 29. Menyedari kelemahan yang mungkin wujud, satu dasar perlinduang kepada pelabur-pelabur dibuat dengan rapi oleh pemegang-pemegang amanah.Diantaranya: Kajian yang teliti terhadap sesuatu portfolio dibuat sebelum keputusan sesuatu pelaburan dibuat..  Pelaburan diawsi sepenuh masa oleh pakar-pakar pelaburan yang mahir..  Penyelenggaraan tabung diawasi dengan rapi oleh Pemegang Amanah yang dilantik di bawah syarat-syarat Surat Ikatan Amanah..  Pelaburan terjamin kerana pihak pengurusannya terdiri daripada pengurus-pengurus yang terlatih, mahir dan berpengalaman dalam bidang oelaburan..  30. ASN dilancarkan dengan hasrat menyampaikan matlamat pemilikan 30 peratus kaum Bumiputera dalam syarikat-syarikat dan sektor perniagaan.  1978, kerajaan menubuhkan Yayasan Pelaburan Bumiputera(YPB) yang diamanatkan mempercepatkan usaha pemilikan Bumiputera di dalam sektor korporat.  Yayasan kemudian menubuhkan syarikat pelaburan yang dinamakan Permodalan Nasional Berhad(PNB).  Tugas utama PNB memilih dan membeli saham syarikat berpotensi dan mempunyai rekod positif.  Saham-saham yang dimiliki dalam bentuk saham amanah.  Dengan adanya skim ASN, pemilikan Bumiputera di dalam sektor syartikat telah meningkat dengan mewujudkan saham-saham ASB dan Wawasan di samping ASN2. 

Tuesday, August 20, 2019

Fikir fikirkanlah

Saya bagi tahu awal-awal. Apa yang saya nak sampaikan ni untuk orang yang mahu berfikir sahaja.

Boleh skip awal-awal kalau memang malas nak berfikir. Hehehe, jangan marah. Nanti, habis berkedut muka yang cantik dan hensem tu.

Ok. Macam ni ceritanya.

Sekarang ni waktu kita sibuk bekerja, cari rezeki dan cari duit. Masih muda, masih kuat, gagah lagi nak buat itu ini. Tak sabar rasanya nak pencen.

Tak kisahlah nak pencen umur berapa pun. Tapi jangan pulak bila dah dekat nak pencen, risau dan menggelabah. Macam mana nak tanggung kos hidup lepas pencen, kan?

Ya, rezeki dah ditentukan, tapi bukan bermakna kita tidak perlu merancang. Takkan nak 'lek lu' tanpa usaha. Bagus rancang dari awal, taklah dah tua nanti baru nak bermula.

Saya bagi satu contoh. Contoh je tau, bukan bermakna korang macam ni. Korang semestinya lebih baik lagi kan?

Katakan pencen pada umur 55 ada RM 300,000 dalam KWSP. Itu kalau tak pernah keluarkanlah.

RM 300,000 ni adakah banyak atau sikit untuk masa akan datang dan berapa lama boleh bertahan?

Kita tengok contoh kalau semuanya di buat belanja untuk 5 tahun lepas pencen :
---> RM 300,000 ÷ (5 tahun X 12 bulan)
= RM 5,000 sebulan

Banyak kan? Ya, nampak banyak untuk sekarang. Tapi belum diambil kira inflasi pada masa itu. Tak kan nak belanja 5 tahun sahaja.

Itu belum tolak nak langsaikan hutang rumah, buat belanja kahwin anak, anak nak sambung belajar,nak pergi haji, atau bayar hutang itu ini.Takpa, nanti anak boleh tanggung. Diorang pun dah besar masa tu.

Korang pasti mereka mampu atau tidak? Bukan saya nak kata yang diorang tak mampu, realitinya sekarang pun ada pesara yang terpaksa bekerja lagi, terutama yang tinggal di bandar. Untuk 20 atau 30 tahun akan datang, kita pun tidak tahu keadaan masa tu.

Kita tengok pulak kalau nak berbelanja sampai umur 70 tahun.
---> RM 300,000 ÷ (15 tahun X 12 bulan)
= RM 1,666.67 sebulan

Tak tahu lah cukup atau tidak. Kalau duduk bandar..hmmmm tercungap-cungap beb!

Itu belum masuk kos pembiayaan rawatan penyakit. Sekarang yalah, masih boleh guna benefit dari tempat kerja. Setelah pencen nanti, sanggupkah habiskan dana persaraan untuk tanggung kos rawatan di hospital?

Masa tu lah banyak penyakit mula muncul. Sebab tu ramai yang ambil pelan kad perubatan peribadi walaupun syarikat tempat bekerja sudah sediakan untuk pekerja. Kalau kalian dah ada baguslah. Kalau belum, cepatlah sebelum terlambat.

Tapi itu bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masih ada pilihan untuk ke hospital kerajaan. Tiada masalah.

Bagus kalau dah ada KWSP. Cuma jangan bergantung kepada satu dana sahaja untuk pencen. Rancang simpanan dan rancang pelaburan. Yang bekerja sendiri lagilah kena gandakan, sebab ada juga yang tidak mencarum dengan KWSP.

Kalau cerita detail pasal dana persaraan ni, nanti panjang berjela pulak.

Saya cuma nak sampaikan, yang kita kena sediakan dana untuk pencen nanti, mulakan merancang dari usia muda. Paksalah diri utk meyimpan.

Tak kisahlah macam mana pun. Ada banyak cara pelaburan. Dapatkan nasihat yang tepat dari mereka yang tepat. Asalkan ia bijak dan bukan scam. Kalau terkena scam, apa pun tak boleh.

Sunday, July 28, 2019

Apa perlu buat bila dapat gaji?

Hujung bulan time Nak dapat gaji ni sis nak kongsi sikit cara simpanan yg BETUL. So tak lah asyik short ja hujung bulan 😊

Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

Formula di atas sebaik-baiknya diamalkan kalau nak capai pengurusan kewangan yang baik.

Sebahagian daripada pendapatan terlebih dahulu diperuntukkan untuk simpanan dan yang selebihnya barulah dibelanjakan.

Bukannya sebaliknya, iaitu menyimpan duit lebihan yang tidak dibelanjakan.

Jika dulu tok nenek mak ayah kita menyebut, “Nah, ambil duit ini! Belanja, yang lebih simpan”

Mungkin sekarang kita perlu tukar kepada, “Nah, ambil duit ini! Simpan dulu sikit, yang lebih baru belanjakan”

Apabila kita berjaya mengubah tabiat ini, senanglah nanti untuk mencapai objektif kewangan peribadi kita.

Situasi kewangan yang biasa dialami

1. Pendapatan > Simpanan + Perbelanjaan

Ini adalah situasi kewangan yang terbaik.

Jumlah pendapatan, walaupun setelah ditolak simpanan dan perbelanjaan, masih berbaki.

Dan baki ini boleh disimpan atau dilabur untuk mengembangkan lagi pendapatan.

Perjalanan hidup golongan ini biasanya penuh tenang dan bahagia tanpa perlu memikirkan masalah tentang wang.

Sebenarnya, mempunyai pendapatan yang besar bukan syarat utama untuk mencapai situasi ini.

Asalkan saja berhemah dan pandai menguruskan kewangan peribadi, semua orang boleh berada dalam situasi terbaik ini.

2. Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

Dalam situasi ini, pendapatan yang diperoleh cukup-cukup untuk simpanan dan perbelanjaan.

Andai kata tidak mampu mencapai situasi pertama tadi, berada dalam situasi kewangan kedua ini pun sudah dikira baik.

3. Pendapatan > Perbelanjaan > (Pendapatan – Simpanan)

Mungkin anda keliru melihat formula di atas.

Situasi ini merujuk kepada golongan yang berbelanja kurang daripada pendapatan, tetapi sentiasa perlu mengorek simpanan untuk mencukupkan duit belanja.

Tabiat sebegini adalah kurang baik kerana jika dibiarkan untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan tabung simpanan.

Lagipun, sedikit sebanyak boleh merendahkan motivasi dan melunturkan disiplin kita untuk menyimpan.

Iyalah, sebab tabung selalu sahaja dikorek.

Lama-kelamaan, apabila tabung simpanan tidak bertambah, semangat untuk menyimpan semakin pudar dan akhirnya lebih cenderung untuk membelanjakan semua pendapatan tanpa menyimpan sedikit pun.

Nak lebih detail macam mana nk urus simpanan boleh kopi2 dgn sis..
Sis ajar. Tak susah pun janji disiplin mau ada. 😉

Penama kwsp

Penama KWSP...

Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nama pasangan tu, ada yg letak, ada yg tak, bergantung kpd sikap dan sifat pasangan tu terhadap dirinya...

Penama bukan pewaris...

Penama ialah pemegang amanah sahaja...org yg bertanggungjawab utk menguruskan duit kwsp itu, utk dibahagikan secara FARAID...ya, duit itu akan diagihkan secara FARAID kpd waris2 yg layak...

Jadi, duit tu bukan hak penama...

Ada org, dia letak nama penama, pastu dia xbgtau langsung kat penama...dia buat senyap, dia rahsiakan dan bila dia dh xde, dah meninggal, yg si penama xbuat apa2 sbb dia xtahu bahawa dia lah pemegang amanah yg dilantik si mati (arwah) utk menguruskan duit simpanan pekerjaannya...

Maka, duit tu masuklah dlm kategori harta yg tak dituntut...

Kadg2 lawak pun ada bila berckp bab mewarisi duit ni...yg perempuan xnak letak nama en.somi sbb dlm otak dah set, nnt en.somi kawin lain, pastu bleh bermewah2 dgn hasil duit penat lelah keje dia...maka dia letak nama anak...anak yg dibwh umur 18, dia xbleh menguruskan harta tu smpai dia cukup umur...

Klu skrg usianya 8 tahun, maka dia kena tgu lagi 10 tahun...jadi klu bleh, JANGAN letak nama anak...

Letaklah nama seseorang yg bleh dipercayai, yg jujur dan amanah utk menguruskan duit tersebut...seseorang yg faham akan agama dan tak jahil...kemudian maklumkan tuan punya badan tu yg kita dh lantik dia sbgai penama duit kwsp kita, dan mintak dia laksanakan amanah yg diberi dgn sebaiknya...

Xpyh nak berahsia2 bab letak nama penama ni siapa...kena hebah dan hebohkan agar waris2 kita tahu siapa yg akan menguruskan duit peninggalan kita bila kita dah tiada kelak...

Semoga bermanfaat...🙂

Tips bagaimana nak cari prospect

"Macam mana nak cari prospect?"

Antaranya
1. Doa
Sebanyak mana kita nak benda tu kita kena doa. Doa pada Dia. Dia memang tunggu je kita minta apa yang kita nak. Selagi kita tak minta Dia minta tak akan bagi.

2. Usaha
Bab ni ramai yang gagal. Sebab usaha tak selari dengan kehendak. Nak semuanya mudah dan senang bila ada halangan terus give up.

Walhal tak ingat dulu usaha abah dan mak kita yang sanggup bekerja sampai malam nak sekolahkan kita. Tapi sampai kat kita semua nak bahagiakan mak ayah nak keluar dari taraf hidup yang susah tapi usaha yillek.

3. Tawakal
Lepas doa dan usaha kena berserah segalanya kepada Dia. Apa sahaja yang Allah bagi mesti ada hikmahNya. Tapi kalau gagal je kata takdir tak menyebelahi. Tapi bila berjaya lupa diri kata ini semua usaha aku.

Kena faham Allah bagi semua nikmat adalah ujian. Berjaya atau tak semuanya ujian.

4. Minat
Kena cari apa minat kita. Akak memang minat untuk bantu orang dalam menambah, melindungi dan melengkapkan kesemua aspek kewangan kepada semua yang berminat... Akak akan cuba bantu selagi mana semua orang yang jumpa mahu dibantu...


Ha ah itu resepinya... Semuanya bermula dengan Niat...

Wallahualam

Ca ci cau

Nak juga dibantu? Meh tekan link ini yer..

Https://geniusinvestment.wasap.my

Thursday, July 18, 2019

KIRAAN UNTUK PEMBIAYAAN ASB

"Saya nak buat nak buat ASBFinancing, tapi boleh saya tahu tak berape monthly, nak tengok kemampuan saya"

Ok nah 👇🏻

Umur 18Tahun hingga 30Tahun
=======================
RM50K = RM256/bulan
RM85K = RM429/bulan
RM100K = RM505/bulan
RM150K = RM757/bulan
RM200K = RM1,010/bulan

Umur 31Tahun hingga 35Tahun
=======================
RM50K = RM259/bulan-RM272/bulan
RM85K = RM434/bulan-RM457/bulan
RM100K = RM510/bulan-RM537/bulan
RM150K = RM766/bulan-RM806/bulan
RM200K = RM1,020/bulan-RM1,074/bulan

Yang above 35 Tahun, korang PM saya personal untuk kirakan untuk korang 😄

Kalau korang tak faham PM je saya, ✌🏻

https://geniusinvestment.wasap.my

- EJ -

JIKA ISTERI TIDAK BEKERJA

Jika kita seorang suri rumah🌷

Yang tidak mempunyai pendapatan sendiri.

Perkara utama yang PERLU di wajibkan adalah memastikan SUAMI mempunyai TAKAFUL.

TAKAFUL adalah satu bentuk ASET yang boleh kita warisi dan cairkan hampir serta merta.

Proses transfer duit kepada kita pun tak lama cuma sekitar 14 hari-60 hari (case to case basis)

Pihak Takaful akan mengeluarkan pampasan TERUS kepada ISTERI jika sesuatu berlaku kepada SUAMI.

Ianya di kecualikan daripada faraid.

Ia adalah berbentuk HIBAH.

Jadi USAHA kan juga selit selit kan duit RM 200-RM300 sebulan untuk HIBAH yang berjumlah RM500,000 (lebih kurang)

Banyak tu siapa nak bagi? Setengah JUTA tu. Kalau sedara mara ada pun paling banyak mungkin lah boleh hulur RM100 ke RM200 je.

Paling ramai ada 30 orang saudara mara baru dapat RM 3000 ke RM 6000.

Itu pun sekali sekala saudara akan bagi. Baiklah kita lupakan kita akan dapat pertolongan ORANG LAIN.
Dan kita mulakan dengan TABUNGAN YANG PASTI kita DAPAT.

Saya pun mampu hulur RM20 ke RM500 sahaja. Tak mampu nak bagi RM500,000 tu 😪

Wasap mai....

Https://quotationaia.wasap.my

Coretan buatmu

Assalamualaikum....

Coretan tengahari Jumaat ini....

Jika anda pergi 3 hari, anda akan beri anak wang saku untuk 3 hari.

Jika anda pergi 1 minggu , anda akan beri wang saku untuk 1 minggu.

Bagaimana jika anda pergi buat selamanya????

Ada tak orang lain nak tanggung keluarga kita?😫😫😫

Tanya diri sendiri dulu :🧐🧐

✔️ Kita pun tak sanggup jaga keluarga orang lain
✔️ Kita pun ada tanggungjawab pada keluarga sendiri
✔️ Kita pun masih lagi cukup-cukup makan saja setiap bulan.
✔️ Anak-anak kita merengek minta beli kinder joy pun kita dah merungut.
✔️ Bayar yuran sekolah tadika anak pun kita tercekik
✔️ Bil api naik pun kita dah menganmuk
✔️ Nak bayar Roadtax kereta setiap tahun pun kita dah garu kepala.

Siapa nak tanggung keluarga kita kalau kita tak ada?

Jom merancang sebaiknya, demi mereka yang kita sayang...

Call@ wassap saya 0139224181
http://quotationaia.wasap.my/

SALAH FAHAM MENGENAI ASSET SUAMI

Salah Faham 1

KSWP suami bukan milik mutlak isteri, Tabung haji suami juga..bukan milik mutlak isteri.. Rumah atas nama suami juga bukan milik isteri..

Anda hanyalah penama.. Itupun kalau diletakkan sebagai penama..penama hanyalah pentadbir sahaja.. Harta harta itu perlu dibahagikan secara faraid... Andalah selaku pentadbir kena buat.. Melainkan ada melantik orang lain untuk uruskan.

Jadi sudah sudahlah para suami... Jangan guna alasan saya ada KWSP untuk bantu isteri saya.. Sebab isteri layak 1/8 je.. Si isteri pulak janganlah gunakan alasan yang sama.. Tu bukan milik anda pun..

Hak mutlak anda hanyalah HIBAH... suruh si suami ambil.. 50 sebulan... Kalau mampu...

PERSOALANNYA... KENAPA

Kenapa ramai kat FB ada yang kata buat A$B Financing ni rugi, bank je yang untung ?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

JAWAPAN = DIORANG SEBENARNYA X PERASAN ATAU X SEDAR PUN YANG DIORANG UNTUNG. MAYBE UNTUNGNYA SIKIT, SEBAB TU DIORANG RASA ASBF NI RUGI.
HAHA 🤣.

Antara punca rasa "RUGI" ATAU "KURANG UNTUNG" ialah
1. Ambil Full Takaful
2. Loan Tenure Pendek
3. Rate Tinggi
4. X Faham Konsep ASBF
5. Xtau kira beza simpan sendiri dan buat ASBF

Walaubagaimapun, sebenarnya jika korang tersilap buat cara ASBF seperti dinyatakan di atas tu pun, korang tetap akan dapat untung.
Tapi kadar keuntungan tu tidak lah sebanyak dengan orang yang buat ASBF cara betul.

Kesimpulannya, nak buat ASBF cari lah consultant yang betul2 berilmu dan dapat menjawab segala pertanyaan anda.
Bila korang dah ada ilmu, pasti anda akan merasakan nilai ASBF200K tu sangat lah kecil dan tidak mencukupi 😁.

...
...

https://geniusinvestment.wasap.my

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...