"Jom ikuti blog kami untuk mendapatkan tips perancangan kewangan yang bijak! Temukan strategi untuk mencapai kestabilan kewangan, mengelakkan risiko tidak diingini, dan merancang masa depan yang lebih cerah. Dapatkan panduan praktikal dan saranan terbaru untuk memaksimumkan potensi kewangan anda. Sertai kami dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan dan keamanan finansial! #PerancanganKewangan #KewanganBijak"
Tuesday, August 11, 2020
Wasiat boleh ditentang, hibah tak boleh di tentang. Anda pilih yang mana.
"WASIAT BOLEH DITENTANG, HIBAH TAK BOLEH DITENTANG"
Personally saya tak berapa setuju dengan penggunaan ayat di atas. Saya lebih selesa menggunakan ayat "Pembahagian dalam Wasiat masih tertakluk kepada faraid, pembahagian dalam Hibah tidak tertakluk kepada faraid."
Dokumen Hibah (tidak termasuk pemberian secara terus atau atas dasar kasih sayang) masih lagi sebuah dokumen yang tidak kebal daripada apa-apa ketidaksetujuan. Sekiranya ada 'dispute' dan ada mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bersetuju dengan hibah tersebut, mereka masih boleh bawakan perkara tersebut untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Bezanya, sekiranya pihak berkepentingan (atau waris faraid) tidak bersetuju dengan pembahagian dalam Wasiat, mereka boleh nyatakan perkara tersebut kepada Wasi, dan Wasi perlu agihkan harta pusaka mengikut faraid. Namun sekiranya mereka tidak bersetuju dengan Hibah, Wasi tidak boleh secara terus bertindak mengikut permintaan mereka. Kes tersebut perlu dibicarakan dan akan diputuskan di Mahkamah Syariah.
Di sini pentingnya pembikinan dokumen dibuat secara betul dan professional, serta Pemberi Hibah perlu mendapat nasihat yang tepat agar mereka memenuhi syarat-syarat hibah, untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi perancangan mereka, sekiranya berlaku dispute nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP
“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...

-
Penama KWSP... Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nam...
-
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda: 1. **Ketahui Pasaran dan Pelanggan Anda**: Amat penti...
-
Assalamualikum, Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan. Unit trust atau a...
No comments:
Post a Comment