"Jom ikuti blog kami untuk mendapatkan tips perancangan kewangan yang bijak! Temukan strategi untuk mencapai kestabilan kewangan, mengelakkan risiko tidak diingini, dan merancang masa depan yang lebih cerah. Dapatkan panduan praktikal dan saranan terbaru untuk memaksimumkan potensi kewangan anda. Sertai kami dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan dan keamanan finansial! #PerancanganKewangan #KewanganBijak"
Sunday, March 25, 2012
Pengenalan Tentang Diriku
Assalamualaikum W.B.T dan very good afternoon to all my fansbian.
Pertama sekali aku nak menceritakan tentang diriku.
Tanggal 26 Julai 1979, lahirlah seorang puteri Saari bin Saad & Khadijah Binti Mad Lazim, iaitu Norazimah. Nama ini di berikan oleh arwah abangku Shahroni yang dulunya adalah seorang askar. Beliau meninggal pada usianya 20an disebabkan oleh pembedahan tiriod pada lehernya. Itu pun kitorang tak pasti, kerana masa tu aku kecik lagi. Aku adalah anak ke 7 daripada 11 adik beradik. Tetapi sekarang dah jatuh no 5 sebab dah 2 org abg2ku meninggal. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di masukkan kedalam golongan2 orang yang beriman. AMIN.................................
Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam (darjah 1-6) dan bersekolah menengah di SMA Tarbiah Al-Nashiin (peralihan-Tingkatan 5). Selepas Tingkatan 5 aku menyambung pengajian di Institut Teknologi Mara yang sekarang dikenali sbg Uitm.
Aku mengambil jurusan Degree in Accountancy. Aku memang berminat di dalam bidang matematik sejak di bangku sekolah. Jadi aku pun bercita2 nak jadi akauntan. Setelah abih belajar, aku telah bekerja di salah sebuah company di Perai, menjawat jawatan sebagai Pegawai Akaun. Wah, masa tu rasa seronok la dapat kerja kena dengan bidang aku. Tapi apabila lama kelamaan rasa bosan melanda diri. Maklumlah dari tahun 2005 keje. Sebab buat benda yang sama aje. Nak cukupkan syarat aku keje la sampai 4 tahun. Lepas je dapat keje terus rancang nak kawin. Kawin pada 18 Sept 2005. Dan dikurniakan 2 orang anak lelaki, dan seorang perempuan.
Ni la gambar family aku
Tahun 2009, 2010 aku jadi cikgu sandaran atau dikenali sbg (GSTT).
Tahun 2011, terdengar kisah yang guru sandaran tak dapat di serap. So, aku sudah sediakan payung sebelum hujan. Jadi apa nak takut. Aku pun tak kisah sangat, nak dapat ke tak jadi cikgu tu. Sebab cikgu tu bukan cita2 aku. Tapi cikgu kan mulia. Aku pun start buat bisnes hujung tahun 2011. Aku ni jenis tak pandai duduk saja. Macam mak aku la jugak. Alhamdulillah, dengan serba sedikit keyakinan, dan ilmu yang ada, dapat jugak aku close sales. walaupun dulunya aku seorang yang tak pandai bercakap, orang cakap sepatah tanya, aku jawab sepatah. Tapi sekarang aku dah pandai bergaul dengan orang. Tak kisah berjumpa dengan siapa pun. Cabaran demi cabaran ku tempohi.
Aku dok tengah syok2 buat kerja ni, guru pulak p panggil menagajar, dekat dengan tempat kerja ku. Tapi, aku tak pergi la, sebab aku nak tumpukan kepada kerjaya ku ini.
Antara benda yang dapat aku capai dengan kerja ni;
1) freedom
2) income 5 series
3) melancung free
4) awarded by company
dan banyak lagi.
Setakat ini dulu, buat kali ini. Nak join aku, jom... Nak tau rahsianya, jangan takut, mai jumpa aku. Kalau nak tau lebih lanjut ctc aku di 013-922 4181. Insyallah, ada masa lagi aku update blog ni. Jumpa lagi di lain lembaran. Semoga apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.
Renungan dan selamat beramal. 'Kejayaan akan digapai bagi orang yang benar2 berDoa, berUsaha, berIkhtiar dan berTawakkal'. Amin. Resepi kejayaan Mukmin beramal.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP
“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...

-
Penama KWSP... Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nam...
-
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda: 1. **Ketahui Pasaran dan Pelanggan Anda**: Amat penti...
-
Assalamualikum, Saja aku nak buka topik ni... sesekali kita buka minda mengenai menyimpan atau menabung demi masa depan. Unit trust atau a...
No comments:
Post a Comment