Wednesday, January 18, 2017

SKIM PELABURAN AHLI KWSP

SKIM PELABURAN AHLI KWSP
Maksimumkan Potensi
Simpanan KWSP Anda
Semua pelaburan perlu dibuat melalui Institusi Pengurusan
Dana (FMI) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
• Anda boleh melaburkan tidak melebihi 30% dari simpanan
dalam lebihan amaun Simpanan Asas dari Akaun 1.
• Pelaburan hanya boleh dibuat dengan satu FMI pada satusatu
masa.
• Pelaburan boleh dibuat sekali setiap 3 bulan.
• Anda tidak dibenarkan menambah pelaburan
menggunakan dana sendiri.
• Anda perlu mengembalikan semua amaun kepada KWSP
(termasuk untung) apabila unit pelaburan telah dijual. Wang
tersebut akan dikreditkan dalam Akaun 1 Ahli.
• Anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang
amaun daripada wang yang dilaburkan melalui FMI.

Rujuk sini

Muda dan belum start menabung????

Anda BUJANG??
TAK SIMPAN 20% DARIPADA GAJI??
Sayangnya gaji RM4000, kalau tak simpan 20% daripada gaji. Beliau muda lagi. Baru sekitar 25 tahun. Sebaiknya jikalau bujang simpanlah 20% daripada gaji. Kalau gaji RM4000, simpanlah RM800. Macam mana nak simpan tu?
Pertama, digalakkan menyimpan dlm ASB melalui ASB Term Financing-i dgn CIMB. Untuk amaun RM100k selama 30 tahun bulanan RM550 (tak termasuk takaful). Tiada lock in period, interest rendah. Boleh surrender anytime.
Masih berbaki RM250 kan? Kedua, simpan baki tersebut dalam Private Retirement Scheme PRS. Cukup 12 bulan ada simpanan RM3000. Dah dapat pelepasan cukai. Dapat lagi insetif RM500 dari kerajaan sebagai usaha menggalakan golongan belia lingkungan 20-30tahun menyimpan dalam PRS. Kalau dah gaji besar tu konfirm PCB menunggu.
Ketiga, masuk tahun kedua, dividen dari ASB boleh servis bayar ansuran bulanan. Bakinya boleh simpan dalam Unit Trust.
Pada usia 55 tahun nanti beliau akan jadi jutawan. Simpanan dalam PRS RM250/bulan selepas 30 tahun akan membuahkan hasil RM 1.4juta. Baki dividen dari ASB dimasukkan kedalam UT akan membuahkan hasil RM800k.
Cukup tak bersara nanti ada RM 2.2juta. Belom termasuk lagi dgn simpanan dalam EPF.
Soalan saya, bila nak mula?????
Pn Eima 013-9224181

Konsep Unit Amanah

SEBELUM MULA MELABUR DALAM UNIT TRUST, FAHAMI DAHULU KONSEP ‘PURATA KEUNTUNGAN’


Ramai yang beranggapan bahawa melabur dalam unit trust boleh mendapat keuntungan 10% hingga 12% setiap tahun dengan mudah. Kes seperti ini berlaku disebabkan oleh kurang faham tentang konsep pelaburan unit trust itu sendiri.

Tempoh masa panjang

Dalam pelaburan unit trust, jika tempoh pelaburan adalah lebih lama, risiko juga akan semakin berkurang. Sebab itu, kebanyakan penasihat kewangan sering menyalahkan untuk melabur dalam unit trust untuk tempoh minimum 5 tahun.

Baca : Pelaburan Hartanah : Subsale atau Underconstruction

Purata keuntungan

Kadar keuntungan yang diberitahu iaitu 10% - 12% adalah purata keuntungan untuk suatu tempoh masa. Ini bukan bermakna kadar keuntungan adalah 10% hingga 12% setiap tahun. Contohnya adalah seperti berikut:

Tahun 1 : 5% keuntungan
Tahun 2 : 20% keuntungan
Tahun 3 : -2% kerugian
Tahun 4 : 15% keuntungan
Tahun 5 : 19% keuntungan

Berdasarkan jadual diatas, purata keuntungan untuk tempoh 5 tahun adalah sebanyak 11.4%. Kadar keuntungan atau kerugian adalah berdasarkan beberapa faktor seperti ekonomi semasa dan prestasi dana yang dibeli.

Jika anda hanya melabur untuk 3 tahun sahaja (jadual diatas), purata keuntungan adalah sebanyak 7.7% sahaja.

Kaedah Ringgit Cost Averaging

Kaedah ini menerangkan konsep anda membeli unit dengan banyak apabila harga menjadi murah dan beli unit dengan sedikit apabila harga menjadi mahal. Ketika harga murah, anda digalakkan untuk melabur dan membeli unit dengan banyak.

Namun, dalam konsep Ringgit Cost Averaging ini, anda beli ketika harga rendah dan harga tinggi. Contoh adalah seperti berikut,

Bulan 1 : RM0.30 seunit
Bulan 2 : RM0.28 seunit
Bulan 3 : RM0.25 seunit
Bulan 4 : RM0.29 seunit
Bulan 5 : RM0.32 seunit
Bulan 6 : RM0.26 seunit
Bulan 7 : RM0.26 seunit
Bulan 8 : RM0.23 seunit
Bulan 9 : RM0.25 seunit
Bulan 10 : RM0.29 seunit
Bulan 11 : RM0.25 seunit
Bulan 12 : RM0.24 seunit

Berdasarkan kepada harga unit diatas, jika anda melabur setiap bulan, purata harga bagi tahu tersebut adalah RM0.26 seunit. Walaupun anda beli harga seunit RM0.32 pada bulan kelima, purata setahun menunjukkan anda beli pada harga yang lebih rendah.

Oleh itu, jika anda melabur untuk jangka masa panjang, tidak perlu risau dengan kenaikan dan pengurusan harga unit setiap masa.

Baca : Tukar kereta anda dari liabiliti kepada aset

Sunday, May 15, 2016

Khas buat isteri....

Khas buat isteri...
BILA SUAMI MENINGGAL, APA PERLU BUAT??

Kematian tidak kira sesiapa dan ketika. Namun, sekiranya kematian itu melibatkan suami, isu berkaitan Harta Pusaka beliau mesti diberi perhatian yang lebih terutama oleh isteri simati.

Apabila mati suami meninggalkan harta, isteri dan anak2, kebanyakan isteri merasakan harta pusaka itu hak dia dan anak2 shj. Bagaimana dgn ayah dan mak suami? Hukum Faraidh telah menetapkan ayah dan mak masing2 dapat 1/6 setiap orang (rujuk Surah Al-Nisa' ayat 11), isteri 1/8 dan baki untuk anak2. 

Jika suami tiada ayah dan anak lelaki, isu lagi besar boleh timbul apabila anak2 perempuan hanya dapat 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih, isteri tetap 1/8 dan baki akan berpindah kpd adik beradik simati. Jika adik beradik menuntut dan isteri tak mampu membayarnya..bagaimana?

Kejahilan pd Ilmu Faraidh boleh membawa risiko waris2 dekat simati makan hak orang lain yg sudah tentu hukumnya HARAM (rujuk Surah Al-Fajr ayat 19).

Isu HARAM kadang2 boleh berlaku juga walaupun dalam keluarga yg lengkap dgn ayah dan anak lelaki. Saya bg beberapa contoh:
1. Isu hutang simati. Waris2 wajib selesaikan hutang simati terlebih dahulu sebelum harta difaraidhkan. Hutang dgn Allah seperti badal haji, zakat (terutama zakat simpanan yg tidak dikeluarkan oleh bank), fidyah puasa dll juga hutang sesama manusia, bank dsb.

Hutang tak selesai tapi harta pusaka telah dimanfaatkan oleh waris memberi kesan besar kpd arwah di alam barzakh dan dosa waris kerana gagal tunaikan tanggungjawab. Ketahuilah bahawa hutang juga diwarisi oleh waris ikut bahagian masing2.

2. Isu tahlil dan kenduri arwah. Ia seolah2 jadi wajib apabila seseorang meninggal. Sedangkan tahlil bukan sunnah nabi. Tiada satu hadis pun diriwayatkan berkaitannya. Sedangkan uruskan pusaka yg wajib dgn dalil ayat Al-Quran diabaikan. 10 tahun mati, tp pusaka tak selesai. Tahlil entah berapa puluh kali dah buat. Tahlil hukumnya harus. Jd sunat (dapat pahala) jika dibuat dgn cara yg elok. Isu bacaan zikir dan ayat2 Al-Quran sudah betul. Tp isu menggunakan harta pusaka semasa tahlil dan jamuan kenduri arwah TANPA PERBINCANGAN DENGAN SEMUA WARIS DAN PERSETUJUAN MEREKA adalah HARAM. Sedar atau tidak bahawa isteri simati telah memberi makan kepada jemaah yg datang bertahlil itu dengan harta yg HARAM. Na'uzubillah.

Andaikata waris bersetuju, perlu diingat bahawa yg boleh bersetuju melepaskan hak adalah waris yg cukup umur sahaja (baligh). Waris2 bawah umur tidak boleh melepaskan hak. Maka kekal HARAM jika bahagian mereka digunakan.

3. Isu bahagi sama rata. Hukumnya harus dlm pembahagian harta pusaka. Tetapi yg boleh membuat keputusan bahagi sama rata adalah anak2 lelaki shj sebab bahagian faraidh mereka adalah besar iaitu 2 bahagian. Jika mereka tidak bersetuju maka tidak sah pembahagian sama rata. Kadang2 simati telah berwasiat supaya harta dibahagi sama rata. Wasiat tu tetap tidak boleh dilaksana jika waris lelaki tidak bersetuju.

Keputusan sama rata juga tidak boleh diputuskan oleh waris2 bawah umur.

4. Isu wasiat. Ada orang suka berwasiat supaya hartanya diserahkan kpd waris2 tertentu. Ada pulak syarikat2 tertentu yg mempromosi dan membuat dokumen wasiat sehingga mengelirukan ramai orang.
Ada yg berwasiat kpd seorang anak sedangkan dia ada anak2 yg lain. Ada yg wasiatkan harta tertentu utk anak2 tertentu. Wasiat sebegini boleh mendatangkan risiko perbalahan antara waris jika mereka gagal memahami.

Hukum wasiat kpd waris yg dapat faraidh adalah tidak sah kecuali dipersetujui oleh semua waris. Persetujuan mesti berlaku selepas mati pewasiat. Jika waris2 tidak faham, risiko berbalah dan makan HARAM boleh berlaku.

Wasiat yg sah dan wajib ditunaikan ialah wasiat pada kadar maksima 1/3 shj kpd BUKAN WARIS spt anak angkat, anak tiri, anak susuan, cucu dari anak perempuan dll. Wasiat juga boleh dibuat kpd masjid, sekolah agama, anak yatim dsb.

BELAJAR Faraidh adalah wajib.
Betul!!! Harta difaraidh selepas mati. Tapi belajar Faraidh mesti semasa hidup supaya masing2 faham hukum dan bekalkan ilmu yg sah kpd waris2.

Semoga penulisan ini bermanfaat. Share jika rasa bermanfaat..

Friday, February 12, 2016

KENAPA KITA PERLU MEMPUNYAI INSURAN PERIBADI??

5 SEBAB KENAPA PERLU INSURANS PERIBADI WALAUPUN SUDAH DILINDUNGI INSURANS SYARIKAT:

1) SEHINGGA BILAKAH KITA AKAN BEKERJA DI SYARIKAT BERKENAAN?
Apabila belum bersara, kita sudah terbiasa dengan layanan istimewa di hospital insurans syarikat. Tetapi apabila ketika tempoh bersara, bolehkah kita hadapi layanan di hospital kerjaan atau sanggupkah kita menggunakan duit simpanan atau KWSP untuk mendapatkan layanan istimewa di hospital swasta?

2) JATUH SAKIT
Apabila kita jatuh sakit terpaksa bercuti lama, adakah syarikat akan menanggung kita? 1 bulan mungkin, 6 bulan mungkin, jika 1 tahun? 6 tahun? Adakah syarikat masih akan menanggung bil-bil hospital kita?

3) SUDAH BERSARA MUNGKIN SUDAH SAKIT
Apabila berhenti/bersara baru nak mendapatkan insurans/medical card, pada waktu itu mungkin anda terpaksa membayar 2 atau 3 kali ganda dari sekarang atau kemungkinan permohonan anda tidak diluluskan akibat masalah kesihatan.

4) DUIT SIMPANAN
Dengan insurans peribadi juga anda boleh mengeluarkan duit simpanan di dalam akaun anda. Bila bersara kelak bolehlah gunakan wang itu untuk pergi bercuti atau berbelanja.

5) SEMAK ANNUAL LIMIT INSURANS SYARIKAT
Semak Annual Limit insurans syarikat anda bekerja. Adakah cukup untuk menampung bil hospital yang semakin tinggi? Ada syarikat yang cover hanya RM20,000 atau RM10,000 setahun.

Sedangkan rawatan pintasan jantung sahaja sudah mencecah RM40,000-RM50,000

Jika anda inginkan insurans/takaful peribadi sila hubungi saya di talian 0139224181

Jemputan ke Seminar Kerjaya Sebagai Perunding Kewangan

5 PEKERJAAN DI MALAYSIA YANG MENAWARKAN BAYARAN LUMAYAN TANPA PERLUKAN "DEGREE"

5 PEKERJAAN DI MALAYSIA YANG MENAWARKAN BAYARAN LUMAYAN TANPA PERLUKAN “DEGREE”

Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan, segulung sijil hanyalah sekadar lesen asas bagi menentukan gaji di samping memastikan calon berkenaan tahu sedikit sebanyak tentang jawatan yang dipohon dan mampu bekerja pada tahap penyeliaan yang minima. Tetapi pada zaman yang semakin mencabar ini, ramai majikan yang mencari calon yang mempunyai pengalaman kerja selain hanya kelayakan akademik.

Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.

Jangan risau! Disini kami senaraikan 5 kerjaya yang boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Pemandu Teksi Uber


Imej dari khairulryezal.blogspot.com
Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya. (sumber dari ceritawan.com)



2.Penasihat Kewangan


Imej dari morganstanley.com
Turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Antara faedah dari pekerjaan ini ialah komisen yang lumayan, pendapatan pasif, waktu kerja yang fleksibel, pakej percutian percuma dan bermacam-macam lagi.



3. Agen Insurans


Imej dari jennyyeoh.com
Perasan atau tidak semakin tinggi kesedaran masyarakat berkenaan dengan pemilikan skim insurans dan takaful persendirian. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini. Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Ianya bukan mudah, kalau anda rajin berusaha, anda boleh mendapat sehingga RM5000 sebulan.



4. Agen Hartanah


Imej dari sccyberworld.blogspot.com
Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini.



5. Safety & Health Officer


Imej dari thecrescent.com.my
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar. Pendapatan tahunan untuk pekerjaan ini boleh mencecah sehingga rm50,000.

Sumber dari The Greater Malaysia dan Mynewshub.cc

Cover Image dari thecrescent.com.my





Tuesday, December 29, 2015

CONTACT

To know more information, fill in your details:

Full name

Company name

State or province

Country

Phone #1

Phone #2

E-mail address








Please contact me at:

017-410 4484
email : emajulia2002@yahoo.co.uk

013-9224181





https://docs.google.com/forms/d/1r3yOL8LAVq0J1E9gBPaty2qnpvCZZEhynKCFm9Aszf4/viewform

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...