Friday, February 12, 2016

Jemputan ke Seminar Kerjaya Sebagai Perunding Kewangan

5 PEKERJAAN DI MALAYSIA YANG MENAWARKAN BAYARAN LUMAYAN TANPA PERLUKAN "DEGREE"

5 PEKERJAAN DI MALAYSIA YANG MENAWARKAN BAYARAN LUMAYAN TANPA PERLUKAN “DEGREE”

Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan, segulung sijil hanyalah sekadar lesen asas bagi menentukan gaji di samping memastikan calon berkenaan tahu sedikit sebanyak tentang jawatan yang dipohon dan mampu bekerja pada tahap penyeliaan yang minima. Tetapi pada zaman yang semakin mencabar ini, ramai majikan yang mencari calon yang mempunyai pengalaman kerja selain hanya kelayakan akademik.

Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.

Jangan risau! Disini kami senaraikan 5 kerjaya yang boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Pemandu Teksi Uber


Imej dari khairulryezal.blogspot.com
Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya. (sumber dari ceritawan.com)



2.Penasihat Kewangan


Imej dari morganstanley.com
Turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Antara faedah dari pekerjaan ini ialah komisen yang lumayan, pendapatan pasif, waktu kerja yang fleksibel, pakej percutian percuma dan bermacam-macam lagi.



3. Agen Insurans


Imej dari jennyyeoh.com
Perasan atau tidak semakin tinggi kesedaran masyarakat berkenaan dengan pemilikan skim insurans dan takaful persendirian. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini. Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Ianya bukan mudah, kalau anda rajin berusaha, anda boleh mendapat sehingga RM5000 sebulan.



4. Agen Hartanah


Imej dari sccyberworld.blogspot.com
Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini.



5. Safety & Health Officer


Imej dari thecrescent.com.my
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar. Pendapatan tahunan untuk pekerjaan ini boleh mencecah sehingga rm50,000.

Sumber dari The Greater Malaysia dan Mynewshub.cc

Cover Image dari thecrescent.com.my





Tuesday, December 29, 2015

CONTACT

To know more information, fill in your details:

Full name

Company name

State or province

Country

Phone #1

Phone #2

E-mail address








Please contact me at:

017-410 4484
email : emajulia2002@yahoo.co.uk

013-9224181





https://docs.google.com/forms/d/1r3yOL8LAVq0J1E9gBPaty2qnpvCZZEhynKCFm9Aszf4/viewform

Tuesday, October 27, 2015

Ramai sertai unit amanah kini jutawan

Assalamualaikum wbt.... blogger 
alhamdulillah diberi kesihatan yang baik pada hari ini..... 
Semoga dgn diberi kesihatan yg baik ini dapat lagi menambah nilai kepada semua orang.

Hari ini syaa ingin kongsikan bagaimana dengan hanya membuat simpanan dalam Unit Amanah Anda boleh bersara dengan selesa atau bergelar jutawan....
Tips; 
1) Anda perlu konsisten membuat simpanan. Sbg contoh; setiap bulan anda perlu hanya mengagihkan 10% daripada simpanan dari gaji anda...
2) Biarkan simpanan anda berganda dgn menyimpan selama 30 thn, 20 thn, 10 thn.... lagi lama anda menyimpan lagi banyak keuntungan anda.... 
3) Bila ada duit tambahan, sebagai cth; dpt bonus ker... terus simpan di dalam tabung ini. 

Sekian.. tips untuk kali... akhbar ini dikutip dari Berita Harian

Tuesday, October 20, 2015

Asia Pacific declared dividen

Assalamualaikum wbt....
Our Fund CIMB Islamic Dali Asia Pacific Equity Growth Fund (DALI4) proposed to declare an income distribution of 5.40 sen per unit on 27 Oct 2015. Based on the Fund's NAV on 8 Sep2015 of RM0.8739, that translates to a yield of about 6.18%. IF u have money now, U should invest with me..... Cepat, cepat contact saya ya....
FREE consultation





Thursday, July 23, 2015

APA YANG PERLU DILAKUKAN TERHADAP PENDAPATAN BERSIH KITA?

Cadangan dimasukkan pendapatan kita kepada 6 jenis tabungan:
Antaranya..............

1. Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni

2.Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn.
Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.

3. Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll

4. Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri

5. Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu

6. Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT💥💥
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!

...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...

Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan

kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni chek blik diri kita.
Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.

Wednesday, July 22, 2015

Bolehkah berjaya sebagai Unit Trust Consultant?

Ini antara soalan-soalan yang sering diajukan................

Bolehkah Berjaya Sebagai Perunding Unit Amanah?

"Bolehkah Berjaya kalau buat unit trust?" "Bolehkah berjaya?"

Inilah soalan cepu emas yang seringkali diajukan oleh sebilangan besar dari kita apabila dipelawa menjalankan perniagaan unit amanah. Saya turut tidak terkecuali.

Bahkan bukan sekali saya bertanya soalan ini malah berkali-kali. Bolehkah berjaya? Bolehkah berjaya? Boleh berjaya ke ni?!

Bagaimana kalau tak berjaya? Bagaimana nak berjaya? Senang ke susah nak berjaya? Ini semua persoalan yang sering timbul apabila dipelawa oleh rakan-rakan untuk menyertai team mereka dalam unit trust walaupun hati sebenarnya sudah mula tertarik dengan kerjaya ini.

Ramai termasuklah saya agak ragu-ragu dengan potensi kerjaya ini. Apatah lagi bagi golongan yang telah sekian lama bekerja dan memperolehi gaji bulanan samada kakitangan kerajaan mahupun swasta.

Bagi yang telah berpengalaman menjalankan perniagaan mungkin persoalan ini tidaklah begitu membebankan, kerana sebagai usahawan atau peniaga sudah pasti telah terbiasa dengan keadaan tiada pendapatan tetap bulanan.

Bahkan tidak keterlaluan, 3 tahun pertama sesuatu perniagaan adalah satu tempoh eksperimen yang mungkin tidak mendatangkan sebarang hasil untuk menampung perbelanjaan keluarga. Jadi bagi yang pernah terlibat dalam perniagaan, kebimbangan mengenai potensi kerjaya Perunding Unit Trust untuk menjana pendapatan yang sekurang-kurangnya cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarga tidaklah begitu ketara.

Sering juga kedengaran, ramai yang mencuba bidang ini hanya bertahan dalam tempoh yang singkat, malah ramai juga yang terus "hilang" selepas hanya kurang dari setahun sebagai Perunding Unit Trust.

Ertinya ramai yang gagal dan tidak mampu meneruskan kehidupan dengan kerjaya ini. Sering saya terdengar keluhan dari kalangan pelanggan unit trust, mereka tidak dapat menghubungi perunding yang menguruskan pelaburan mereka dahulu.

Ada pula yang mengadu, perunding mereka telah berhenti menjalankan perniagaan ini. Jadi, kalau begitu...bolehkah berjaya?
Sebenarnya dalam apa jua bidang, ada yang berjaya dan ada yang gagal! Bahkan dalam bidang yang dianggap mudah bagi kebanyakan orang mungkin sukar bagi sebilangan yang lain.

Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tertentu. Bidang ini juga tidak terkecuali, ramai yang gagal tetapi ramai pula yang berjaya dan mengecapi kemewahan hasil daripada kerjaya Perunding Unit Trust. Tidak kurangnya juga yang telah berstatus jutawan. Cuma tidak seperti kebanyakan orang MLM, perkara ini tidak digembar-gemburkan.

Memang pun perniagaan unit trust bukanlah MLM. Saya secara peribadi telah menemui tidak kurang dari sepuluh perunding unit trust yang memperolehi pendapatan antara RM50 - RM100 ribu sebulan, sudah pasti mereka ini sudah berstatus jutawan atau sekurang-kurangnya menghampiri status berkenaan. Boleh dikatakan mereka ini memang "low profile" dan tidak suka menunjuk-nunjuk mengenai pendapatan mereka.

Yang selalu saya dengari dari mereka ialah kata-kata semangat dan perangsang agar kita turut mencapai tahap seperti mereka di samping tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Seorang rakan perunding unit trust yang rapat dengan saya pernah memberitahu bahawa dia telah merekrut lebih dari 100 orang perunding dalam kumpulannya namun tidak sampai sepertiga yang masih aktif.

Saya sendiri telah merekrut hampir 50 orang perunding sejak 2008 tetapi hanya segelintir yang masih kekal aktif. Yang lain "hilang" atau telah menceburi kerjaya baru. Jadi..sekali lagi bolehkah berjaya? Jawapannya ialah, anda dan saya pasti boleh berjaya dalam bidang ini. Saya yakin, peluang untuk berjaya amat cerah kerana faktor pasaran yang begitu besar.

Skim Pengeluaran EPF akaun 1 untuk pelaburan unit trust sahaja sudah cukup menawarkan potensi pasaran yang amat luas. Daripada lebih 6,000,000 ahli EPF yang layak, tidak sampai sejuta yang telah menyertai skim ini. Yang selebihnya menunggu peluang untuk menyertai skim ini.

Pada pandangan saya, setelah saya mengamati antara sebab-sebab utama kenapa seseorang itu "hilang" selepas hanya seketika dalam kerjaya ini ialah sikap tergesa-gesa ingin cepat kaya, kurang berusaha, tiada inisiatif, tidak mahu belajar dan tidak bijak dalam pengurusan pelanggan.

Mereka ini bertukar ke kerjaya baru dan hampir semuanya masih terkapai-kapai dengan kerjaya baru mereka. Sedangkan semakin ramai rakan-rakan mereka yang terus kekal dengan kerjaya ini mula mengukuhkan kedudukan dan memperolehi pendapatan yang semakin baik, jauh lebih baik daripada pendapatan bekas rakan-rakan yang tidak sabar dan cepat "give up" ini.

Perunding Unit Trust ialah satu perniagaan yang cukup unik dan istimewa. Selain berurusan dengan syarikat yang amat kukuh, perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar, cukup sekadar menggunakan sedikit simpanan untuk menampung pergerakan pada peringkat permulaan sahaja. Pendapatan pula akan diperolehi setiap bulan, melalui komisen yang dibayar oleh pihak syarikat.

Walaupun anda mempunyai beratus bahkan mungkin beribu "downline" dalam kumpulan anda, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar gaji mereka. Semuanya diuruskan oleh syarikat pengurusan unit amanah.

Pendapatan bulanan akan semakin berkembang sejajar dengan kenaikan pangkat dan nilai jualan kumpulan anda. Selain menjaga kepentingan pelanggan, tanggungjawab utama seorang perunding ialah membuat jualan peribadi, mengembangkan rangkaian dan membantu meningkatkan jualan dalam kumpulan.

Semuanya adalah lebih mudah kerana anda bekerja sebagai satu pasukan dan mendapat sokongan sepenuhnya syarikat unit amanah yang menaungi anda.

Kesimpuannya, semua mempunyai ruang dan peluang yang sama untuk berjaya, namun yang berjaya selalunya kerana mereka memiliki pelbagai elemen dan sikap yang positif. Anda juga boleh berjaya kerana kami sedang menuju ke arah kejayaan seperti yang telah dibuktikan oleh ramai rakan-rakan kami yang lebih senior.

Monday, February 23, 2015

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...