Monday, March 8, 2021

wasiat

Allah dah bagi jalan bagaimana nak merancang Harta di dalam al Quran, tetapi Kita saja yang tak ambil peduli. Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Surah Al Baqarah 240 Kewajipan seorang Suami adalah menyediakan tempat tinggal dan nafkah untuk Isteri, dan tanggungjawab itu bukan sahaja semasa hidup tetapi juga selepas Kematian. ✓Hibah Rumah pada Isteri untuk pastikan rumah menjadi hakmilik Isteri tanpa perlu Faraid. ✓Sediakan Dana Tunai (Hibah Simpanan /Takaful) minima setahun untuk belanja ✓Menulis Wasiat melantik Wasi menyelesaikan Hutang dan baki Harta Pusaka diagihkan ikut hasrat dalam Wasiat atau Faraid (ikut persetujuan Waris). Laksanakan lah Perancangan Harta Islam mengikut Al Quran, kerana Allah adalah sebaik baik Perancang.

Sediakan duit untuk proses tuntutan

Bila kau lantik isteri kau sebagai penama KWSP, Tabung Haji, ASB, personal loan, rumah... pastikan kau juga kena sediakan duit untuk dia urus proses tuntutan. Sebab apa? Untuk urus harta pusaka perlukan Wang, masa & komitmen. Sini aku kongsi Fi urus pusaka; 📌Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil ✔️Bagi RM1,000 pertama - RM10 ✔️Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30 ✔️Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka 📌Fi Khidmat Amanah Raya Berhad ✔️Bagi RM25,000.00 pertama - 5% ✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4% ✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3% ✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2% ✔️Bagi baki seterusnya - 1% 📌Fi Khidmat ASCO Shariah ✔️Sijil Faraid - RM5000 ✔️Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir – RM5000 ✔️Perintah Pembahagian/Perintah Peletakhakkan/✔️Perintah Jualan Dari Mahkamah Tinggi: RM6000 ✔️Pentadbiran dan Agihan Pusaka – RM3000 ✔️0.2% dari nilai Harta Pusaka Bertuah jika si isteri punyai suami yang celik harta pusaka dan hibah takaful. Tujuannya adalah nak mudahkan urusan ahli waris dalam buat tuntutan harta pusaka nanti. Buatkan satu pelan hibah takaful dan namakan atas isteri kau siap-siap. Dengan wang pampasan itu, dia akan gunakan untuk bayar kos-kos tuntutan harta pusaka sehingga selesai diagihkan kepada ahli faraid yang layak.

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...