Tuesday, August 20, 2019

Fikir fikirkanlah

Saya bagi tahu awal-awal. Apa yang saya nak sampaikan ni untuk orang yang mahu berfikir sahaja.

Boleh skip awal-awal kalau memang malas nak berfikir. Hehehe, jangan marah. Nanti, habis berkedut muka yang cantik dan hensem tu.

Ok. Macam ni ceritanya.

Sekarang ni waktu kita sibuk bekerja, cari rezeki dan cari duit. Masih muda, masih kuat, gagah lagi nak buat itu ini. Tak sabar rasanya nak pencen.

Tak kisahlah nak pencen umur berapa pun. Tapi jangan pulak bila dah dekat nak pencen, risau dan menggelabah. Macam mana nak tanggung kos hidup lepas pencen, kan?

Ya, rezeki dah ditentukan, tapi bukan bermakna kita tidak perlu merancang. Takkan nak 'lek lu' tanpa usaha. Bagus rancang dari awal, taklah dah tua nanti baru nak bermula.

Saya bagi satu contoh. Contoh je tau, bukan bermakna korang macam ni. Korang semestinya lebih baik lagi kan?

Katakan pencen pada umur 55 ada RM 300,000 dalam KWSP. Itu kalau tak pernah keluarkanlah.

RM 300,000 ni adakah banyak atau sikit untuk masa akan datang dan berapa lama boleh bertahan?

Kita tengok contoh kalau semuanya di buat belanja untuk 5 tahun lepas pencen :
---> RM 300,000 ÷ (5 tahun X 12 bulan)
= RM 5,000 sebulan

Banyak kan? Ya, nampak banyak untuk sekarang. Tapi belum diambil kira inflasi pada masa itu. Tak kan nak belanja 5 tahun sahaja.

Itu belum tolak nak langsaikan hutang rumah, buat belanja kahwin anak, anak nak sambung belajar,nak pergi haji, atau bayar hutang itu ini.Takpa, nanti anak boleh tanggung. Diorang pun dah besar masa tu.

Korang pasti mereka mampu atau tidak? Bukan saya nak kata yang diorang tak mampu, realitinya sekarang pun ada pesara yang terpaksa bekerja lagi, terutama yang tinggal di bandar. Untuk 20 atau 30 tahun akan datang, kita pun tidak tahu keadaan masa tu.

Kita tengok pulak kalau nak berbelanja sampai umur 70 tahun.
---> RM 300,000 ÷ (15 tahun X 12 bulan)
= RM 1,666.67 sebulan

Tak tahu lah cukup atau tidak. Kalau duduk bandar..hmmmm tercungap-cungap beb!

Itu belum masuk kos pembiayaan rawatan penyakit. Sekarang yalah, masih boleh guna benefit dari tempat kerja. Setelah pencen nanti, sanggupkah habiskan dana persaraan untuk tanggung kos rawatan di hospital?

Masa tu lah banyak penyakit mula muncul. Sebab tu ramai yang ambil pelan kad perubatan peribadi walaupun syarikat tempat bekerja sudah sediakan untuk pekerja. Kalau kalian dah ada baguslah. Kalau belum, cepatlah sebelum terlambat.

Tapi itu bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masih ada pilihan untuk ke hospital kerajaan. Tiada masalah.

Bagus kalau dah ada KWSP. Cuma jangan bergantung kepada satu dana sahaja untuk pencen. Rancang simpanan dan rancang pelaburan. Yang bekerja sendiri lagilah kena gandakan, sebab ada juga yang tidak mencarum dengan KWSP.

Kalau cerita detail pasal dana persaraan ni, nanti panjang berjela pulak.

Saya cuma nak sampaikan, yang kita kena sediakan dana untuk pencen nanti, mulakan merancang dari usia muda. Paksalah diri utk meyimpan.

Tak kisahlah macam mana pun. Ada banyak cara pelaburan. Dapatkan nasihat yang tepat dari mereka yang tepat. Asalkan ia bijak dan bukan scam. Kalau terkena scam, apa pun tak boleh.

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...