Wednesday, January 18, 2017

SKIM PELABURAN AHLI KWSP

SKIM PELABURAN AHLI KWSP
Maksimumkan Potensi
Simpanan KWSP Anda
Semua pelaburan perlu dibuat melalui Institusi Pengurusan
Dana (FMI) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
• Anda boleh melaburkan tidak melebihi 30% dari simpanan
dalam lebihan amaun Simpanan Asas dari Akaun 1.
• Pelaburan hanya boleh dibuat dengan satu FMI pada satusatu
masa.
• Pelaburan boleh dibuat sekali setiap 3 bulan.
• Anda tidak dibenarkan menambah pelaburan
menggunakan dana sendiri.
• Anda perlu mengembalikan semua amaun kepada KWSP
(termasuk untung) apabila unit pelaburan telah dijual. Wang
tersebut akan dikreditkan dalam Akaun 1 Ahli.
• Anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang
amaun daripada wang yang dilaburkan melalui FMI.

Rujuk sini

Muda dan belum start menabung????

Anda BUJANG??
TAK SIMPAN 20% DARIPADA GAJI??
Sayangnya gaji RM4000, kalau tak simpan 20% daripada gaji. Beliau muda lagi. Baru sekitar 25 tahun. Sebaiknya jikalau bujang simpanlah 20% daripada gaji. Kalau gaji RM4000, simpanlah RM800. Macam mana nak simpan tu?
Pertama, digalakkan menyimpan dlm ASB melalui ASB Term Financing-i dgn CIMB. Untuk amaun RM100k selama 30 tahun bulanan RM550 (tak termasuk takaful). Tiada lock in period, interest rendah. Boleh surrender anytime.
Masih berbaki RM250 kan? Kedua, simpan baki tersebut dalam Private Retirement Scheme PRS. Cukup 12 bulan ada simpanan RM3000. Dah dapat pelepasan cukai. Dapat lagi insetif RM500 dari kerajaan sebagai usaha menggalakan golongan belia lingkungan 20-30tahun menyimpan dalam PRS. Kalau dah gaji besar tu konfirm PCB menunggu.
Ketiga, masuk tahun kedua, dividen dari ASB boleh servis bayar ansuran bulanan. Bakinya boleh simpan dalam Unit Trust.
Pada usia 55 tahun nanti beliau akan jadi jutawan. Simpanan dalam PRS RM250/bulan selepas 30 tahun akan membuahkan hasil RM 1.4juta. Baki dividen dari ASB dimasukkan kedalam UT akan membuahkan hasil RM800k.
Cukup tak bersara nanti ada RM 2.2juta. Belom termasuk lagi dgn simpanan dalam EPF.
Soalan saya, bila nak mula?????
Pn Eima 013-9224181

Konsep Unit Amanah

SEBELUM MULA MELABUR DALAM UNIT TRUST, FAHAMI DAHULU KONSEP ‘PURATA KEUNTUNGAN’


Ramai yang beranggapan bahawa melabur dalam unit trust boleh mendapat keuntungan 10% hingga 12% setiap tahun dengan mudah. Kes seperti ini berlaku disebabkan oleh kurang faham tentang konsep pelaburan unit trust itu sendiri.

Tempoh masa panjang

Dalam pelaburan unit trust, jika tempoh pelaburan adalah lebih lama, risiko juga akan semakin berkurang. Sebab itu, kebanyakan penasihat kewangan sering menyalahkan untuk melabur dalam unit trust untuk tempoh minimum 5 tahun.

Baca : Pelaburan Hartanah : Subsale atau Underconstruction

Purata keuntungan

Kadar keuntungan yang diberitahu iaitu 10% - 12% adalah purata keuntungan untuk suatu tempoh masa. Ini bukan bermakna kadar keuntungan adalah 10% hingga 12% setiap tahun. Contohnya adalah seperti berikut:

Tahun 1 : 5% keuntungan
Tahun 2 : 20% keuntungan
Tahun 3 : -2% kerugian
Tahun 4 : 15% keuntungan
Tahun 5 : 19% keuntungan

Berdasarkan jadual diatas, purata keuntungan untuk tempoh 5 tahun adalah sebanyak 11.4%. Kadar keuntungan atau kerugian adalah berdasarkan beberapa faktor seperti ekonomi semasa dan prestasi dana yang dibeli.

Jika anda hanya melabur untuk 3 tahun sahaja (jadual diatas), purata keuntungan adalah sebanyak 7.7% sahaja.

Kaedah Ringgit Cost Averaging

Kaedah ini menerangkan konsep anda membeli unit dengan banyak apabila harga menjadi murah dan beli unit dengan sedikit apabila harga menjadi mahal. Ketika harga murah, anda digalakkan untuk melabur dan membeli unit dengan banyak.

Namun, dalam konsep Ringgit Cost Averaging ini, anda beli ketika harga rendah dan harga tinggi. Contoh adalah seperti berikut,

Bulan 1 : RM0.30 seunit
Bulan 2 : RM0.28 seunit
Bulan 3 : RM0.25 seunit
Bulan 4 : RM0.29 seunit
Bulan 5 : RM0.32 seunit
Bulan 6 : RM0.26 seunit
Bulan 7 : RM0.26 seunit
Bulan 8 : RM0.23 seunit
Bulan 9 : RM0.25 seunit
Bulan 10 : RM0.29 seunit
Bulan 11 : RM0.25 seunit
Bulan 12 : RM0.24 seunit

Berdasarkan kepada harga unit diatas, jika anda melabur setiap bulan, purata harga bagi tahu tersebut adalah RM0.26 seunit. Walaupun anda beli harga seunit RM0.32 pada bulan kelima, purata setahun menunjukkan anda beli pada harga yang lebih rendah.

Oleh itu, jika anda melabur untuk jangka masa panjang, tidak perlu risau dengan kenaikan dan pengurusan harga unit setiap masa.

Baca : Tukar kereta anda dari liabiliti kepada aset

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Pelaburan KWSP

“Puan, saya tidak boleh membuat sebarang pelaburan. Saya tidak ada lagi baki wang yang tinggal setiap bulan, bagaimana saya boleh melabur?” ...